BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, August 19, 2009

Syamail Muhammadiah : Bentuk Tubuh Badan Rasulullah SAW

Daripada Anas bin Malik r.a meriwayatkan :

Adalah bentuk tubuh badan Rasulullah itu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Kulit Baginda tidak terlalu putih dan tidak terlalu hitam. Rambut Baginda tidak terlalu kerinting dan tidak terlalu lurus. Allah SWT mengutus beliau sebagai rasul ketika beliau berusia memasuki empat puluh tahun . Baginda tinggal di Makkah selama sepuluh tahun di Madinah sepuluh tahun. Baginda wafat ketika umurnya enam puluh tahun sementara dirambut dan di janggutnya tidak melebihi dua puluh helai rambut yang berwarna putih (uban).

Dikeluarkan oleh At-Tarmizi, Bukhari, Muslim dan Ahmad.

Syarah Hadith

- Perawi menggenapkan jumlah kerana fokus hadith ini ialah bentuk tubuh badan Nabi SAW. Banyak hadith lain yang lebih kuat berkenaan bahawa Nabi tinggal di Makkah selama 13 tahun dan wafat ketika umurnya 63 tahun.

- Ketinggian Nabi sederhana tidak terlalu tinggi di kalangan orang rendah dan tidak terlalu rendah di kalangan orang tinggi.

-Rambut Nabi ikal bergelombang sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ali kwjh.

- Kulit Nabi tidak terlalu putih seperti orang eropah dan tidak terlalu hitam seperti orang Afrika disebutkan dalam hadith lain sebagai (Asmar) iaitu hitam manis.


bersambung......

0 comments: