BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, February 9, 2010

Cintanya seseorang kpd Kekasih Allah

Baru2 ni saya berbual dengan seorang ibu yang lemah lembut, dia menunjukkan kepada sesuatu pada saya yang terlalu bernilai. kebetulan saya sedang menyiapkan buku Biografi Agung Rasulullah SAW yang dah siap sebenarnya 5 tahun lalu....akibat banyak sangat ujian dan halangan antaranya laptop hilang...pc rosak yg terpaksa format semula dan bermacam-macam lagi.

Memang saya sangat memerlukan kitab tersebut untuk rujukan penulisan saya. Tajuk buku itu ialah "The Sacred Trust" yang bermaksud "amanah yang suci". Buku ini sebenarnya memaparkan gambar-gambar tentang peninggalan Nabi SAW yang tidak dipamerkan di mana2 tempat kecuali di satu muzium di Turki (TOPKAPI PALACE MUSIEUM).

Apa yang nak kongsikan dengan anda semua ialah ibu tersebut melalui berbagai ujian untuk mendapatkan buku tersebut sama ada sebelum mendapatkannya mahupun setelah memilikinya namun cinta yang mendalam terhadap Nabi SAW beliau berusaha apa cara sekali pun.

Pertama beliau tidak memiliki kewangan yang cukup untuk mendapatkan buku yang bernilai RM 1000 itu. Beliau gagahi juga dan terpaksa meminjam duit untuk mendapatkannya. Keduanya setelah memilikinya,beliau mengusung buku tersebut ke hulu ke hilir untuk berkongsi dengan sesiapa juga kerana cintanya dengan Nabi SAW. Oleh kerana dia kerap membawa buku tersebut ke hulu ke hilir akhirnya tangannya menjadi kebas dan kesakitan. Pada awalnya dia merasakan bahawa tangannya terlalu penat rupa2nya jin tidak suka cara dia kerap membawanya ke mana sahaja dan jin cuba mengganggu dia. Dia merasakan bahawa sakit pada bahagian tangannya semakin teruk dia berjumpa seorang ustaz dan ustaz tersebut berkata ini adalah angkara jin yang tak suka beliau membawa buku tersebut dan menunjukkannya kepada orang ramai. Akhirnya ustaz itu menyuruhnya berselawat ke atas Nabi SAW tiba2 kesakitan pada tangannya hilang dengan sebab keberkatan selawat ke atas Nabi SAW.

Dengan murah hati ibu tersebut meminjamkan kepada saya buku tersebut dan sekarang masih ada di tangan saya. Saya telah membawanya ke mana sahaja kuliah2 saya di masjid2. Bertepatan pula kebanyakkan kuliah saya di masjid2 ialah "Syamail Muhammadiah" (Keperibadian Nabi SAW).

Ibu tersebut menceritakan kepada saya bahawa kerana terlalu cinta dengan Nabi SAW beliau telah bertemu dengan Baginda SAW sebanyak 2 kali di dalam mimpi. Bila dia menceritakan kepada saya terus saya terlalu rindu dan ingin bertemu Rasulullah SAW melalui mimpi.

di sini saya kongsikan antara gambar2 yang terdapat di dalam buku tersebut.













Manuskrip asal ayat Al-Quran surah Al-Masad di atas kulit kayu

Dakwaan orang2 orientalis mengatakan bahawa Al-Quran yang ada pada tangan kita ini sebenarnya tidak lengkap kerana apabila wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad ia akan di tulis pada kulit kayu, kulit binatang dan pelepah kurma, mereka mendakwa ia pasti hilang kerana materialnya mudah rosak. tapi ini buktinya masih dapat dilihat dan dibaca hingga kini.








KAsut yang telah dihadiahkan oleh Raja Najasyi " Kasut dari kulit berwarna hitan tanpa bulu" disebut di dalam kitab Syamail Muhammadiah bab kasut Nabi SAW.




Pada saya ini sesuatu yang paling mahal harganya kerana di akhir hayat Nabi SAW sebelum baginda wafat baginda meminta sebijana air kemudian baginda mencelupkan tangan dan menyapu mukanya tidak lam selepas itu Nabi pun menghenbuskan nafasnya yang terakhir.

Sekadar untuk perkongsian bersama moga2 ada kebaikan dari Allah SWT. Amin


Al-Faqir ilallah,

AlJauhari
Shah Alam.