BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, August 18, 2009

Ruh Kita Berbuka Di Ramadhan

Melihat kepada tajuk mesti kita pelik mengapa pula kita berpuasa ruh kita berbuka di bulan Ramadhan.

Pertamanya samada kita telah maklum atau baru maklum bahawa kita sebenarnya terbina dari 2 unsur iaitu Ruh dan Jasad. Ruh kita memerlukan makanan yang tertentu sebagai mana jasad kita memerlukan makanan.

Ruh memerlukan makanan dengan zikir2, ayat2 suci Al-quran dan kalimah Tahmid, Tasbih serta Takbir. Sebagaimana jasad memerlukan nasi, air dan udara.

Selama setahun kita mendahulukan atau memberi peluang kepada jasad kita menikmati makanan yang banyak dan lazat. Kini peluang ruh kita pula mendapatkan makanan dengan ibadah puasa, solat serta zikir kita ditambah dengan pembacaan Al-Quran di sepanjang bulan Ramadhan.

Mungkin di luar Ramadhan kita jarang sekali memberi makan ruh kita kerana sibuk melayan jasad kita dengan makanan yang banyak. Hakikat jasad kita mungkin gemuk berisi dengan daging yang pejal namun ruh kita kurus kering tanpa vitamin dan zat. Kita rehatkan jasad kita sepanjang sebulan Ramadhan dan kita berikan kesempatan kepada ruh kita untuk makan sepuas2nya di bulan di mana jasad tidak makan. Agar bila kita keluar dari Ramadhan Jasad dan Ruh kita sama2 sihat dan sama2 kuat...barulah kita bersemangat untuk terus beribadah kepada Allah di bulan2 berikutnya.

Jangan kita nafikan hak ruh kita.....jangan kita curi2 makanan ruh kita....biarkan dia berbuka, masa kita pula berpuasa kerana kita ada 11 bulan untuk berbuka namun sesekali dituntut juga untuk berpuasa sekurang2nya isnin dan khamis.

Selamat makan Ruh......

Selamat berpuasa Jasad......



Al-Faqir Ila Allah

Al-Jauhari
10.47 am
Subang Jaya.

0 comments: