BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, August 24, 2009

SUNNAH DAN HIKMAH IMAM MENOLEH KE BELAKANG

Seseorang imam disunatkan menoleh kebelakang apabila ingin memulakan solat. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW menoleh ke belakang atau menghadap makmum sebelum baginda mengimami solat tersebut.

Terdapat 3 tujuan baginda SAW menoleh ke belakang ialah :

1. Memastikan saf diluruskan.
2. Melihat keadaan makmun jika terdapat orang tua, kanak2, wanita yang
mengandung dan orang asing yang singgah solat.
3. Memberi isyarat kepada muazzin untuk melaungkan iqamah.


Penjelasan

1. Imam dituntut untuk memastikan samada saf lurus atau tidak. Ini kerana keutamaan saf diluruskan kerana salah satu dari kesempurnaan solat. Juga disebut dalam satu riwayat antara punca kekalahan tentera Islam tewas di dalam peperangan Uhud adalah kerana mereka tidak menjaga kelurusan saf mereka. Oleh itu Imam perlu memastikan kelurusan saf sebelum memulakan solat dengan berkata “ Luruskan Saf “.

2. Imam mesti memastikan bahawa yang menjadi makmum selesa bersolat di belakangnya. Tidaklah nanti dikatakan sebagai imam syok sendiri. Imam perlu mengenali pengikutnya kerana dia sedang memimpin sekumpulan manusia yang ingin beribadah kepada Allah. Kalau terdapat orang tua yang biasa mengikuti solatnya yang panjang maka bolehlah dia memanjangkan solatnya atau tidak terdapat orang yang singgah solat dimasjidnya yang dalam keadaan tergesa2 untu solat. Baginda menoleh ke belakang adalah untuk memastikan siapa yang pimpin ketika solat.

Baginda pernah diriwayatkan memendekkan solatnya kerana mendengar kanak-kanak menangis di belakang. Sebagaimana yang disebut di dalam hadith Nabi SAW :

Sesungguhnya aku memasuki solat dan aku bercadang untuk memanjangkannya (bacaannya). Maka aku telah terdengar tangisan kanak2 maka aku memendekkannya.
(Dikeluarkan oleh Muslim)

Diriwayatkan Nabi SAW hanya membaca surah Al-Ikhlas ketika itu. Baginda juga akan memendekkan solatnya dari sudut perbuatannya dan bacaan ketika mana di belakang Nabi yang bersolat adalah orang2 tua yang uzur, wanita yang mengandung dan orang yang mempunyai urusan dan tergesa2 dengan urusannya. Ini kerana ditakuti mereka2 itu tidak dapat khusyuk kerana samada menahan kesakitan atau mengejar masa.

(AKAN DIBINCANGKAN PERSOALAN BERKENAAN SOLAT TARAWIH SESETENGAH MASJID YANG BACAANNYA TERLALU PANJANG)

3. Para muezzin tidak boleh melaungkan iqamah tanpa izin Imam. Sebagaimana baginda SAW menoleh ke belakang untuk memberikan isyarat kepada Bilal untuk memberikan keizinan mengumandangkan iqamah.

Iqamah sebenarnya dilaungkan bila mana semua makmum telah berdiri dan beratur dengan meluruskan saf. Bila semua telah diluruskan barulah muezzin boleh melaungkan iqamah. Ini kerana asal perkataan iqamah ialah QAAMA bermaksud baangun atau berdiri.

Disebut di dalam kitab AKHTA’ UL MUSOLLIN karangan Muhamad Sadiq Al-Minsyawi, antara kesalahan orang2 yang solat dalam bab iqamah ialah :

1. Muazzin tidak meminta kebenaran imam untuk mengumadangkan iqamah.
2. Iqamah dilaungkan ketika mana mereka2 sedang berjalan menuju saf.


Jesteru itu, sunnah bagi Imam menoleh ke belakang melihat makmumnya.

0 comments: