BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, July 2, 2010

Di Masjid Qiblatain tempat sejarah pertukaran kiblat dari Masjid Aqsa ke Masjidil Haram.



Di Masjid Quba...masjid pertama dibina Rasulullah dalam Islam.

Kawan Paksu Boe...kameraman nama dia Angah. Dia cameraman tapi malu dgn kamera.


Tak dapat dipastika kesahihannya....katanya ni keranda org yg mati dipanah petir ketika nak merosakkan kubah masjid Nabi untuk masuk ke dalam makam Nabi. Mayatnya melekat kat atas dn x boleh diturunkan lalu dikebumikan kat atas tu je ....sahih x Allahu A'lam.


Sekitar gambar di Madinah



Krew Production bersama host Srikandi Firdausi (Siti Munazakiah)



Ketika di lokasi rakaman "Indahnya Ramadhan" yg berlatar belakangkan Kubah Hijau (Makam Nabi SAW di Masjid Nabawi, Madinah.

Bersama Ust. Zulramli host utk rancangan "Atlas Ramadhan Rasulullah". Beliau sering muncul di kaca TV dan Radio IKIM. Rasa jauh sangat perbezaan kami, ana org baru dlm dunia penyiaran ni....rasa kerdil bila digandingkan dengan orang2 hebat.


Ust. Ghazali Ibrahim (Adik Armarhum Ust. Asri Rabbani) host utk rancangan "Haji Holistik" yang akan disiarkan bermula 1 syawal. Beliau bernasyid di dalam rancangan ini. bila lihat saling tak tumpah seperti Ust. Asri Rabbani cuma beza kat mulut je bila menyanyi dagu dia x goyang2.



Bersama tuan Director Abang Al...suasana rakaman di perkarangan masjid Nabawi waktu malam. Angin kuat mcm nak terbang...beberapa take kena cut sbb angin...

Sekadar perkongsian pengalaman di Madinah Al-Munawwarah
Al-jauhari
Hotel Dalah Taibah,
Madinah Al-Munawwarah
9.02 pagi (saudi)

Wednesday, June 30, 2010

Hari yang ke 7 di Madinah

Alhamdulillah hari ini hari yang ke 7 di Madinah Al-Munawwarah. Banyak dah tempat yang dilawati antaranya Masjid Quba', Qiblatain, Uhud, Ladang kurma dan macam2 lagi....

Antara yang menyentuh ialah Muzium Media Madinah yang terletak tidak jauh dari Masjid Nabawi. Muzium ini sebenarnya adalah inisiatif seorang yang berbangsa Arab namanya Dr. Khalid yang mengeluarkan modal sendiri untuk membina muzium ini.

Di sini banyak gambar2 asal masjid2 di sekitar Madinah antaranya masjid Nabawi yang asal yang dibuat oleh Baginda SAW...replika bagaimana asal usul pembinaanya serta graf penambahan dan perluasan masjid.

Sayangnya, orang di sini khususnya pemerintah di sini terlalu kerana nak mempertahankan pegangannya maka sanggup menghapuskan sejarah terpenting umat Islam. Sepatutnya jika ingin membuat peluasan kekalkanlah bangunan asal masjid tersebut. Apa yang kita ziarahi sekarang adalah masjid moden cuma melawat tapak sahajalah. Terkadang melihat gelagat jemaah dari iran yang agak taasub sehingga mencium pintu masjid masjid Quba' dan masjid Qiblatain, sedang sama sahaja kalau mereka mencium pintu masjid di negara mereka. Masjid yang ada sekarang adalah masjid yang dibina dizaman moden ini...

Walaupun mereka tidak sayang kepada nilai sejaran yang ada, biarlah kita sekurang2nya fahamilah sejarah Islam. Ajarkanlah anak2 kita tentang sejarah biar tersemat di dalam dada anak kita rasa cinta terhadap Islam dengan memahami sejarah yang betul.

Ayuh mari kita pelajari sejarah Islam dan menghayatinya....

Sekadar itu perkongsian untuk anda dari saya di bumi Nabi SAW.

Al-Jauhari
Hotel Dalah Taibah,
Madinah Al-Munawwarah
9.37 pagi (saudi)

Saturday, June 26, 2010

Alhamdulillah segala puji kepada Allah atas limpah kurnianya kini saya berada di tanah suci Madinah Al-Munawwarah pertamanya atas tujuan ibadah umrah di samping urusan kerja di sini.

Sebenarnya saya terlibat dengan pengambaran program TV1 RTM untuk program rancangan "Indahnya Ramadhan" sebagai penceramah.

Esok bermula pengambaran yang akan dijalankan di perkarangan Masjid Nabawi As-Syariff Madinah. Antara lokasi pengambaran ayang akan dijalankan insya Allah di Lembah Badar, Masjid Quba', Masjid Qiblatain dan banyak lagi ....di sini bersama dengan Ustaz Ghazali Ibrahim (adik kpd Allahyarham Ust. Asri Rabbani) dan Ust. Zulramli dan beberapa hos lain.

Sebenarnya tak tahu macam mana boleh terpilih sebagai penceramah di dalam rancangan TV ini, macam satu mimpi sebab lebih ramai lain yang terbaik di Malaysia namun inilah yang dinamakan rezeki dan takdir. Ini satu pengalaman yang terlalu bernilai buat saya untuk keluar TV namun sebenarnya ia merupakan satu tanggung jawab yang besar mewakili para pendakwah di Malaysia bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat di tanah air.

Harapan agar sahabat2 di tanah air dapat mendoakan agar diri ini mampu berkata2 dengan baik dan diberikan kemudahan dalam pengambaran yang akan bermula esok.

Insya Allah penggambaran akan berlangsung mulai esok sehingga 13hb Julai dan dijangkan pulang ke tanah air pada 14hb Julai Insya Allah.

Di Madinah sekarang cuaca cukup panas....3 hari yang lalu dilaporkan di akhbar Malaysia bahawa suhu di Madinah mencecah sehingga 50'c tetapi buat setakat ini suhu telah turun sedikit kepada 45'c-47'c...dengan angin panas kekadang bertiup sudah cukup membakar kulit yang tak berapa cerah.


Sekadar itu sahaja untuk kali ini sebagai perkongsian maklumat. Insya Allah saya akan memberikan kepada anda semua informasi terkini dari tanah suci Madinah.

Thursday, March 18, 2010

Bengang

Hari Sabtu yang lepas satu kejadian memalukan terlah berlaku. Saya hadir ke sebuah Surau di Putra Bestari, Putra Height untuk memberikan kuliah Maghrib. Dengan lengkap jubah dan serban serta kitab saya melangkah dengan penuh yakin masuk ke dalam surau, tiba-tiba terpandang di papan kenyataan di luar suaru bahawa malam ini ust. Baharuddin. Saya pun masuklah ke dalam surau sebab perkara pernah juga berlaku nama di luar dan nama di papan kenyataan dalam nama saya.

Belum sempat duduk saya di datangi pengerusi Surau mengatakan bahawa malam ni bukan jadual saya, dia kata "Ustaz! Ustaz punya jadual sabtu minggu depan". "Malam ni Ustaz lain" saya dengan tenang menjawab " ye ke ? tak pe lah saya solat Maghrib dan lepas solat Sunat saya beredar kebetulan malam tu memang ada main badminton di USJ23. Saya sebenarnya luar jubah tapi dalam tracksuit dan t-shirt memang nak main pun lepas kuliah maghrib ni.

Yang sedapnya nak dijadikan cerita, para jemaah sedang wirid...saya bangun solat sunat cepat2 takut orang perasan saya nak balik...lepas solat sunat saya pun bergegas balik apa yang malangnya saya tersarung selipar orang lain dan bawak balik sesampai di rumah baru perasan selipar orang yang saya pakai.....haiii satu kerja lagi nak pulangkan pada tuannya. Nampaknya malam sabtu ni saya terpaksa buat pengumuman selipar siapa yang saya ambil.... hehehe bengang!

Tapi tak pe kira fare & square sebab saya pernah terkena...saya sebenarnya ada kuliah di kampung di Masjid Benut setiap kali saya balik kg... bila malam lepas Isyak Imam jumpa saya..."esok Ustaz boleh bagi kuliah subuh tak? saya jawab "boleh Insya Allah". Keesokan harinya saya datang dengan ilmu dikepala yang saya dah plan nak cakap apa pagi ni...tiba2 baru nak bangun je seorang ustaz bangun dah duduk di kerusi penceramah... Imam dan pengerusi Masjid saling berpandangan dengan saya.....saya beri isyarat tak pe...tak pe biarkan... tiba2 saya pulak hampir buat kat orang....baik sikit saya sebab tak sempat duduk lagi di kerusi penceramah kalau dah duduk tu beribu kali bengangnya ...

Itu sahaja nak kongsi dengan semua ....saya percaya kawan2 di kalangan ustaz pun sama pernah kena macam saya .....


Aljauhari
Shah Alam.

Wednesday, March 17, 2010

Majlis Perasmian Muzakarah Haji

Majlis Perasmian oleh Dato Seri Mejar General Hj. Jamil Khir Baharom (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri).

Kami pada pagi diarahkan untuk memakai pakaian Baju Melayu Bersampin untuk majlis Perasmian hari ini.

Sebelum itu satu pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Dr. Uthman Al-Muhammadi bertajuk “Kerohanian dalam Ibadah Haji” yang membincangkan perjalanan Rabbani seorang hamba menuju Tuhannya dengan melaksanakan ibadah haji.

Majlis Perasmian di sempurnakan oleh Dato’ Seri Hj. Jamil Khir Baharom tepat jam 10.30 pagi selanjut selepas itu pelacaran DVD Panduan Ibadah Haji oleh TH dilancarkan.

Para wartawan sibuk dengan kameranya ketika itu dan terselit wajah saya besar terpampang di kaca TV pada berita Nasional Jam 8.00 malam TV1 dan saya dapat menonton wajah sendiri di dalam berita jam 11 malam TV 1.

Selepas perasmian satu kertas kerja dibentangkan oleh Dato’ Fadhil Ahmad (Ahli Penasihat Ibadah Haji TH) yang bertajuk “Wakalah Haji dan Umrah, Qurban serta permasalahannya”. Ia membincangkan masalah Badal Haji dan Umrah serta Qurban secara detail dan padat dengan soalan2 berbangkit, masalah hukum dan sebagainya.

Pada waktu malam jam 8.30 malam satu lagi kertas kerja dibentangkan oleh SS Dato’ Ahmad bin Hasan (Pengerusi Penasihat Ibadah Haji TH) yang bertajuk “ BAik Buruk Petugas Haji Yang Tidak Melaksanakan Haji Semasa Bertugas Di Tanah Suci”. Kertas kerja ini membincangakn pro dan kontra petugas TH melaksanakan ibadah Haji ketika bertugas.

Majlis berehat jam 10.30 malam dan balik ke Hotel ….terbongkang keletihan.


Al-Jauhari.



MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 26






Pada 4 -7 Mac 2010 yang lalu saya telah dijemput oleh Tabung Haji (TH) bersama Hj. Wan Muhammad (Pengerusi Surau Al-Madaniah USJ 18) ke Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke 26 di Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bahru, Kelantan.

Muzakarah ini bertujuan untuk membincangkan permasalahan haji tahun lalu untuk diselesaikan dan membincangkan perlaksanaan haji tahun 1431H akan datang. Ia berkisar dari sudut perbincangan masalah haji dari sudut hukum-hakam dan jalan penyelesaiannya yang telah berlaku pada musim haji yang lalu.

Seramai 439 peserta yang terlibat di antaranya para ilmuan, pembimbing Haji dan guru-guru agama Haji seleruh Negara.

Saya sangat merasa teruja kerana terpilih di dalam muzakarah ini dan saya mengambil peluang seluas-luasnya untuk menimba ilmu melalui muzakarah ini. Selama 4 hari bermuzakarah banyak perkara yang saya perolehi antaranya masalah baru jemaah tabung Haji Malaysia dan ketetapan baru permasalahan haji untuk akan datang.

Saya bertolak pada pagi 4hb hari Khamis jam 8.45 pagi dari USJ bersama Hj. Wan Muhammad menaiki kereta Camry beliau. Pada awalnya kami bercadang ingin menaiki pesawat namun difikirkan tentang kos dan kemudahan kenderaan di sana nanti agak rumit, kami mengambil keputusan untuk menaiki kereta. Perjalan kami ke Kota Bahru melalui Bentong, Kuala Lipis, Gua Musang dan ke Kota Bahru mengambil masa selama 7 jam termasuk berhenti solat dan makan. Kami tiba di Kota Bahru tepat jam 5 petang dan terus ke KTC untuk melapor diri. Sejurus itu kami diberikan Hotel Al-Raudah (dahulunya dikenali dengan Hotel Ansar) sebagai penginapan kami.

Pada jam 8.30 malam, taklimat perjalanan muzakarah dibentangkan oleh Tuan Hj. Tengku Aziz (Pengurus Besar Bimbingan TH) dan kami perserta2 diuji dengan ujian pengukuhan pembimbing Haji. Saya sampai2 terkejut melihat tentative program yang diberikan kepada saya tertulis selepas Taklimat Ujian Pengukuhan Pembimbing Haji akan dijalankan, dengan tidak ada persediaan dan tidak sempat membelek buku panduan haji saya pun menjawablah dengan sekadar yang mampu.

Jam 10.30 malam minum ringan disediakan dan kami balik ke hotel untuk berehat.

Ikuti laporan untk esoknya di post yang lain…..


Al-Jauhari
Subang Jaya
12.02 pg.