BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, July 5, 2009

SIMBOLIK ISRA' MIKHRAJ NABI

Nabi SAW sebenarnya berharap yang diperolehi olehnya dari Allah SWT dalam bentuk keistimewaan juga akan diberikan kepada ummatnya. Nabi selalu berdoa agar ummatnya diberi keistimewaan berbanding dengan umat-umat lain.

Kalau kita merujuk kepada keistimewaan yang diberikan kepada Baginda berbentuk pengampunan dosa yang telah lalu dan dosa yang akan datang sebagaimana dicerita di dalam hadith Nabi SAW yang berbunyi "telah diampunkan dosamu yang telah lalu dan akan datang" ketika Nabi dilihat bengkak-bengkak kakinya mengerjakan solat. Keistimewaan yang diberikan kepada Baginda sebenarnya telah diberikan kepada kita sebagai ummatnya iaitu pengampunan dosa yang telah lalu apabila kita melaksanakan ibadah puasa bulan Ramadhan. Lihat.... bahawa kita telah mendapat sebahagian keistimewaan yang diperolehi Nabi SAW.

Begitu juga dengan peristiwa Isra' dan Mikhraj yang dilalui oleh Baginda SAW adalah satu anugerah dan keistimewaan yng tinggi diberikan kepada Baginda kerana dapat menemui zat Allah yang Maha Agung. Nabi SAW juga berharap agar ummatnya mendapat apa yang beliau dapat. Ibadah haji adalah salah satu simbolik kepada peristiwa Isra' Mikhraj Nabi SAW.

Kita rujuk firman Allah SWT dalam surah Al-Isra' yang bermaksud " Maha Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya dari Masjdil Haram ke Masjidil Aqsa......" perkataan ASRA bermaksud " menjalankan" sebenarnya menggunakan wazan AF'ALA. Wazan AF'ALA membawa maksud ME.............KAN. Justeru itu, sebenar perjalanan Nabi SAW dari Masjidil Haram di Mekkah ke Masjidil Aqsa di Palestin hanya dalam tempoh yang singkat boleh diterima akal kerana bukti yang dikemukan Allah dengan kalimah ASRA yang membawa maksud Nabi SAW dijalankan oleh Allah.

Ada satu peristiwa di antara semut, ada seekor semut yang mendakwa bahawa dia baru balik dari London. Semua semut-semut saling tertawa mendengar cerita semut itu. Lalu semut itu menceritakan bagaimana dia boleh ke London... rupa-rupanya dia termasuk ke dalam beg tuan rumahnya yang ke London dan apabila tuannya balik London di mengikut begnya untuk pulang ke Malaysia. Setelah mendengar cerita tersebut barulah semut-semut tadi percaya. Jadi, kesimpulannya bila dia jalankan bererti tiada yang mustahil.

Begitu jugalah dengan kita yang berjaya menjadi tetamu Allah sebenarnya kita dijalankan oleh Allah SWT dari bumi Malaysia ke bumi Mekkah. Banyak peristiwa yang berlaku dimana seseorang yang tidak diizinkan oleh Allah atau Allah tidak mahu menjalankannya tidak dapat ke bumi Mekkah. Kekadang visanya lah yang tak dapat....kekadang kesihatanlah yang menghalangnya walau pun dia seorang yang kaya. Jadi bila kita dapat menjejakkan kaki di bumi Mekkah, itu sebenarnya adalah keistimewan yang telah diberikan oleh Allah kepada ummat Muhammad SAW.

Nabi mendapat keistimewaan berbanding nabi-nabi terdahulu dengan baginda dapat melihat zat Allah SAW. Kita juga mendapat keistimewaan tersebut berbanding umat-umat Nabi SAW yang lain yang tidak diizinkan untuk menjadi tetamu-Nya. Kita tidak dapat melihat zat Allah SWT tetapi kita dapat melihat Baitullah (Rumah Allah). Bila Nabi SAW pulang dari Mikhraj, bertambah keimanan baginda. Sepatutnya kita bila pulang dari Rumah Allah akan menambahkan keimanan dan kekhusyukkan kita apabila bersolat kepada-Nya.

Ketahuilah....bahawa kita telah mendapat sebahagian daripada keistimewaan yang telah diberikan kepada nabi Allah Muhammad SAW. Iaitu dengan pengampunan dosa yang telah lalu dan merasai bagaimana peristiwa Isra' dan Mikhraj melalui ibadah haji.

0 comments: