Di Masjid Qiblatain tempat sejarah pertukaran kiblat dari Masjid Aqsa ke Masjidil Haram.
Friday, July 2, 2010
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 11:04 PM 0 comments
Sekitar gambar di Madinah
Krew Production bersama host Srikandi Firdausi (Siti Munazakiah)
Ketika di lokasi rakaman "Indahnya Ramadhan" yg berlatar belakangkan Kubah Hijau (Makam Nabi SAW di Masjid Nabawi, Madinah.
Bersama Ust. Zulramli host utk rancangan "Atlas Ramadhan Rasulullah". Beliau sering muncul di kaca TV dan Radio IKIM. Rasa jauh sangat perbezaan kami, ana org baru dlm dunia penyiaran ni....rasa kerdil bila digandingkan dengan orang2 hebat.
Ust. Ghazali Ibrahim (Adik Armarhum Ust. Asri Rabbani) host utk rancangan "Haji Holistik" yang akan disiarkan bermula 1 syawal. Beliau bernasyid di dalam rancangan ini. bila lihat saling tak tumpah seperti Ust. Asri Rabbani cuma beza kat mulut je bila menyanyi dagu dia x goyang2.
Bersama tuan Director Abang Al...suasana rakaman di perkarangan masjid Nabawi waktu malam. Angin kuat mcm nak terbang...beberapa take kena cut sbb angin...
Sekadar perkongsian pengalaman di Madinah Al-Munawwarah
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 10:45 PM 0 comments
Wednesday, June 30, 2010
Hari yang ke 7 di Madinah
Alhamdulillah hari ini hari yang ke 7 di Madinah Al-Munawwarah. Banyak dah tempat yang dilawati antaranya Masjid Quba', Qiblatain, Uhud, Ladang kurma dan macam2 lagi....
Antara yang menyentuh ialah Muzium Media Madinah yang terletak tidak jauh dari Masjid Nabawi. Muzium ini sebenarnya adalah inisiatif seorang yang berbangsa Arab namanya Dr. Khalid yang mengeluarkan modal sendiri untuk membina muzium ini.
Di sini banyak gambar2 asal masjid2 di sekitar Madinah antaranya masjid Nabawi yang asal yang dibuat oleh Baginda SAW...replika bagaimana asal usul pembinaanya serta graf penambahan dan perluasan masjid.
Sayangnya, orang di sini khususnya pemerintah di sini terlalu kerana nak mempertahankan pegangannya maka sanggup menghapuskan sejarah terpenting umat Islam. Sepatutnya jika ingin membuat peluasan kekalkanlah bangunan asal masjid tersebut. Apa yang kita ziarahi sekarang adalah masjid moden cuma melawat tapak sahajalah. Terkadang melihat gelagat jemaah dari iran yang agak taasub sehingga mencium pintu masjid masjid Quba' dan masjid Qiblatain, sedang sama sahaja kalau mereka mencium pintu masjid di negara mereka. Masjid yang ada sekarang adalah masjid yang dibina dizaman moden ini...
Walaupun mereka tidak sayang kepada nilai sejaran yang ada, biarlah kita sekurang2nya fahamilah sejarah Islam. Ajarkanlah anak2 kita tentang sejarah biar tersemat di dalam dada anak kita rasa cinta terhadap Islam dengan memahami sejarah yang betul.
Ayuh mari kita pelajari sejarah Islam dan menghayatinya....
Sekadar itu perkongsian untuk anda dari saya di bumi Nabi SAW.
Al-Jauhari
Hotel Dalah Taibah,
Madinah Al-Munawwarah
9.37 pagi (saudi)
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 11:20 PM 0 comments
Saturday, June 26, 2010
Alhamdulillah segala puji kepada Allah atas limpah kurnianya kini saya berada di tanah suci Madinah Al-Munawwarah pertamanya atas tujuan ibadah umrah di samping urusan kerja di sini.
Sebenarnya saya terlibat dengan pengambaran program TV1 RTM untuk program rancangan "Indahnya Ramadhan" sebagai penceramah.
Esok bermula pengambaran yang akan dijalankan di perkarangan Masjid Nabawi As-Syariff Madinah. Antara lokasi pengambaran ayang akan dijalankan insya Allah di Lembah Badar, Masjid Quba', Masjid Qiblatain dan banyak lagi ....di sini bersama dengan Ustaz Ghazali Ibrahim (adik kpd Allahyarham Ust. Asri Rabbani) dan Ust. Zulramli dan beberapa hos lain.
Sebenarnya tak tahu macam mana boleh terpilih sebagai penceramah di dalam rancangan TV ini, macam satu mimpi sebab lebih ramai lain yang terbaik di Malaysia namun inilah yang dinamakan rezeki dan takdir. Ini satu pengalaman yang terlalu bernilai buat saya untuk keluar TV namun sebenarnya ia merupakan satu tanggung jawab yang besar mewakili para pendakwah di Malaysia bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat di tanah air.
Harapan agar sahabat2 di tanah air dapat mendoakan agar diri ini mampu berkata2 dengan baik dan diberikan kemudahan dalam pengambaran yang akan bermula esok.
Insya Allah penggambaran akan berlangsung mulai esok sehingga 13hb Julai dan dijangkan pulang ke tanah air pada 14hb Julai Insya Allah.
Di Madinah sekarang cuaca cukup panas....3 hari yang lalu dilaporkan di akhbar Malaysia bahawa suhu di Madinah mencecah sehingga 50'c tetapi buat setakat ini suhu telah turun sedikit kepada 45'c-47'c...dengan angin panas kekadang bertiup sudah cukup membakar kulit yang tak berapa cerah.
Sekadar itu sahaja untuk kali ini sebagai perkongsian maklumat. Insya Allah saya akan memberikan kepada anda semua informasi terkini dari tanah suci Madinah.
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 4:33 AM 0 comments
Thursday, March 18, 2010
Bengang
Hari Sabtu yang lepas satu kejadian memalukan terlah berlaku. Saya hadir ke sebuah Surau di Putra Bestari, Putra Height untuk memberikan kuliah Maghrib. Dengan lengkap jubah dan serban serta kitab saya melangkah dengan penuh yakin masuk ke dalam surau, tiba-tiba terpandang di papan kenyataan di luar suaru bahawa malam ini ust. Baharuddin. Saya pun masuklah ke dalam surau sebab perkara pernah juga berlaku nama di luar dan nama di papan kenyataan dalam nama saya.
Belum sempat duduk saya di datangi pengerusi Surau mengatakan bahawa malam ni bukan jadual saya, dia kata "Ustaz! Ustaz punya jadual sabtu minggu depan". "Malam ni Ustaz lain" saya dengan tenang menjawab " ye ke ? tak pe lah saya solat Maghrib dan lepas solat Sunat saya beredar kebetulan malam tu memang ada main badminton di USJ23. Saya sebenarnya luar jubah tapi dalam tracksuit dan t-shirt memang nak main pun lepas kuliah maghrib ni.
Yang sedapnya nak dijadikan cerita, para jemaah sedang wirid...saya bangun solat sunat cepat2 takut orang perasan saya nak balik...lepas solat sunat saya pun bergegas balik apa yang malangnya saya tersarung selipar orang lain dan bawak balik sesampai di rumah baru perasan selipar orang yang saya pakai.....haiii satu kerja lagi nak pulangkan pada tuannya. Nampaknya malam sabtu ni saya terpaksa buat pengumuman selipar siapa yang saya ambil.... hehehe bengang!
Tapi tak pe kira fare & square sebab saya pernah terkena...saya sebenarnya ada kuliah di kampung di Masjid Benut setiap kali saya balik kg... bila malam lepas Isyak Imam jumpa saya..."esok Ustaz boleh bagi kuliah subuh tak? saya jawab "boleh Insya Allah". Keesokan harinya saya datang dengan ilmu dikepala yang saya dah plan nak cakap apa pagi ni...tiba2 baru nak bangun je seorang ustaz bangun dah duduk di kerusi penceramah... Imam dan pengerusi Masjid saling berpandangan dengan saya.....saya beri isyarat tak pe...tak pe biarkan... tiba2 saya pulak hampir buat kat orang....baik sikit saya sebab tak sempat duduk lagi di kerusi penceramah kalau dah duduk tu beribu kali bengangnya ...
Itu sahaja nak kongsi dengan semua ....saya percaya kawan2 di kalangan ustaz pun sama pernah kena macam saya .....
Aljauhari
Shah Alam.
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 8:26 PM 2 comments
Wednesday, March 17, 2010
Majlis Perasmian Muzakarah Haji
Kami pada pagi diarahkan untuk memakai pakaian Baju Melayu Bersampin untuk majlis Perasmian hari ini.
Sebelum itu satu pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Dr. Uthman Al-Muhammadi bertajuk “Kerohanian dalam Ibadah Haji” yang membincangkan perjalanan Rabbani seorang hamba menuju Tuhannya dengan melaksanakan ibadah haji.
Majlis Perasmian di sempurnakan oleh Dato’ Seri Hj. Jamil Khir Baharom tepat jam 10.30 pagi selanjut selepas itu pelacaran DVD Panduan Ibadah Haji oleh TH dilancarkan.
Para wartawan sibuk dengan kameranya ketika itu dan terselit wajah saya besar terpampang di kaca TV pada berita Nasional Jam 8.00 malam TV1 dan saya dapat menonton wajah sendiri di dalam berita jam 11 malam TV 1.
Selepas perasmian satu kertas kerja dibentangkan oleh Dato’ Fadhil Ahmad (Ahli Penasihat Ibadah Haji TH) yang bertajuk “Wakalah Haji dan Umrah, Qurban serta permasalahannya”. Ia membincangkan masalah Badal Haji dan Umrah serta Qurban secara detail dan padat dengan soalan2 berbangkit, masalah hukum dan sebagainya.
Pada waktu malam jam 8.30 malam satu lagi kertas kerja dibentangkan oleh SS Dato’ Ahmad bin Hasan (Pengerusi Penasihat Ibadah Haji TH) yang bertajuk “ BAik Buruk Petugas Haji Yang Tidak Melaksanakan Haji Semasa Bertugas Di Tanah Suci”. Kertas kerja ini membincangakn pro dan kontra petugas TH melaksanakan ibadah Haji ketika bertugas.
Majlis berehat jam 10.30 malam dan balik ke Hotel ….terbongkang keletihan.
Al-Jauhari.
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 8:36 PM 0 comments
MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 26
Muzakarah ini bertujuan untuk membincangkan permasalahan haji tahun lalu untuk diselesaikan dan membincangkan perlaksanaan haji tahun 1431H akan datang. Ia berkisar dari sudut perbincangan masalah haji dari sudut hukum-hakam dan jalan penyelesaiannya yang telah berlaku pada musim haji yang lalu.
Seramai 439 peserta yang terlibat di antaranya para ilmuan, pembimbing Haji dan guru-guru agama Haji seleruh Negara.
Saya sangat merasa teruja kerana terpilih di dalam muzakarah ini dan saya mengambil peluang seluas-luasnya untuk menimba ilmu melalui muzakarah ini. Selama 4 hari bermuzakarah banyak perkara yang saya perolehi antaranya masalah baru jemaah tabung Haji Malaysia dan ketetapan baru permasalahan haji untuk akan datang.
Saya bertolak pada pagi 4hb hari Khamis jam 8.45 pagi dari USJ bersama Hj. Wan Muhammad menaiki kereta Camry beliau. Pada awalnya kami bercadang ingin menaiki pesawat namun difikirkan tentang kos dan kemudahan kenderaan di sana nanti agak rumit, kami mengambil keputusan untuk menaiki kereta. Perjalan kami ke Kota Bahru melalui Bentong, Kuala Lipis, Gua Musang dan ke Kota Bahru mengambil masa selama 7 jam termasuk berhenti solat dan makan. Kami tiba di Kota Bahru tepat jam 5 petang dan terus ke KTC untuk melapor diri. Sejurus itu kami diberikan Hotel Al-Raudah (dahulunya dikenali dengan Hotel Ansar) sebagai penginapan kami.
Pada jam 8.30 malam, taklimat perjalanan muzakarah dibentangkan oleh Tuan Hj. Tengku Aziz (Pengurus Besar Bimbingan TH) dan kami perserta2 diuji dengan ujian pengukuhan pembimbing Haji. Saya sampai2 terkejut melihat tentative program yang diberikan kepada saya tertulis selepas Taklimat Ujian Pengukuhan Pembimbing Haji akan dijalankan, dengan tidak ada persediaan dan tidak sempat membelek buku panduan haji saya pun menjawablah dengan sekadar yang mampu.
Jam 10.30 malam minum ringan disediakan dan kami balik ke hotel untuk berehat.
Ikuti laporan untk esoknya di post yang lain…..
Al-Jauhari
Subang Jaya
12.02 pg.
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 8:10 PM 1 comments
Tuesday, February 9, 2010
Cintanya seseorang kpd Kekasih Allah
Baru2 ni saya berbual dengan seorang ibu yang lemah lembut, dia menunjukkan kepada sesuatu pada saya yang terlalu bernilai. kebetulan saya sedang menyiapkan buku Biografi Agung Rasulullah SAW yang dah siap sebenarnya 5 tahun lalu....akibat banyak sangat ujian dan halangan antaranya laptop hilang...pc rosak yg terpaksa format semula dan bermacam-macam lagi.
Manuskrip asal ayat Al-Quran surah Al-Masad di atas kulit kayu
Dakwaan orang2 orientalis mengatakan bahawa Al-Quran yang ada pada tangan kita ini sebenarnya tidak lengkap kerana apabila wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad ia akan di tulis pada kulit kayu, kulit binatang dan pelepah kurma, mereka mendakwa ia pasti hilang kerana materialnya mudah rosak. tapi ini buktinya masih dapat dilihat dan dibaca hingga kini. KAsut yang telah dihadiahkan oleh Raja Najasyi " Kasut dari kulit berwarna hitan tanpa bulu" disebut di dalam kitab Syamail Muhammadiah bab kasut Nabi SAW.
Sekadar untuk perkongsian bersama moga2 ada kebaikan dari Allah SWT. Amin
Al-Faqir ilallah,
AlJauhari
Shah Alam.
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 6:22 PM 1 comments
Sunday, December 20, 2009
Saja nak kongsi sama2
Sahabat-sahabat bersua kembali setelah lama x menulis.
Sebenarnya banyak istilah agama yang kita salah gunakan di dalam Ibadah kita, jadi terlanjur sedang menulis ni nak kongsi juga serba sedikit dengan anda. Alhamdulillah skrg ni dah lebih 80 kesalahan yang dapat dikumpul
Antaranya :
1. Muhrim - kebanyakkan kita bila melabelkan seseorang yang haram nikah dengan kita menggunakan kalimah ini iaitu Muhrim...atau seseorang yang x boleh bersalaman kita kata "x boleh sebab bukan muhrim"....
Muhrim sebenarnya bererti Orang yang berihram... Ihram bila orang itu sedang memakai pakaian ihram istilah dalam bahasa arab ialah orang itu Muhrim.
Yang sebenarnya jika kita hendak mengatakan dia haram nikah dengan kita kalimah yang betul ialah MAHRAM.
Tapi bila kalimah ini digabungkan dengan Sumbang betul pulak..kita sebut Sumbang Mahram...
2. HUDUD ....hudud berasal dari kalimah hadda yahuddu... Had sebenarnaya bermakna sempadan atau batasan dan hudud adalah kalimah yang menunjukkan banyak disebut Hudud...
Dalam bahasa melayu pun ada kalimah had seperti had kelajuan..had muatan...had timbangan..jika betul menerima makna sebenar kalimah HAD dengan memberinya erti sempadan dan batasan kenapa bila perkataan HUDUD kita menolaknya dengan tidak memberikan makna sempadan2 atau batasan2.
Hudud adalah sempadan atau batasan yang telah dibuat oleh Allah supaya manusia tidak melanggarnya. HUDUD adalah batasan antara yang halal-haram sesuatu perkara. Bila HUDUD disebut ramai yang melenting tidak boleh menerimanya sedangkan HUDUD sama makna dengan HAD.
HUDUD adalah undang-undang yang dibuat oleh Allah sebagai sempadan dan batasan supaya manusia tidak tekeluar dari batasan tersebut sebagai seorang Islam.
Sekadar itu yang dapat dikongsi bersama...insya Allah di lain penulisan ..saya akan bawakan dua-dua atau tiga penyalah gunaan istilah agama dalam ibadah kita seharian....
Syukran
Al-faqir ila Allah
Al-Jauhari
6.59pm
Subang jaya.
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 2:43 AM 1 comments
Saturday, December 12, 2009
Maaf lama menulis di blog
Assalamualaikum...
maaf sahabat2 yang sentiasa menyokong blog ini khususnya Ust. Muhamad Abdullah Al-Amin yang x berhenti-henti memberikan komentar dan semangat untuk terus menulis di blog..Syukran Jazilan...
sebenarnya terlalu sibuk menulis beberapa buah buku sampai tiada kesempatan menjenguk blog sendiri...sekarang ni sedang menulis buku antara tajuknya ialah "Penyalahgunaan Istilah Agama Dalam Ibadah" dan "Uhibbuki fillah (tip2 bercinta cara Islam)"...nantikan kemunculannya.
Insya Allah akan menulis kembali dalam masa terdekat....
wassalam.
Al-faqir Ila Allah,
Al-Jauhari
Subang Jaya
10.45 pm
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 5:47 AM 0 comments
Sunday, November 8, 2009
Tanda Akhir Zaman (Ayat Al-Quran di badan bayi)



Baru2 ni saya mendapat email yang menunjukkan tanda kebesaran Allah SWT. Kisah ini berlaku di Rusia di mana seorang bayi yang tertulis kalimah Al-Quran di lengan, kaki dan badan bayi tersebut.
Di bawah ini saya nukilkan untuk informasi kita bersama....
MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa
ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov
iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan,
selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di
Rusia dan Dagestan .
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan
segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan
jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip
kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara
tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di
wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran
itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan
dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang
malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat
dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan
berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran
mula muncul pada tubuhnya. - Agensi


Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 6:25 AM 2 comments
Wednesday, October 21, 2009
Jawapan kepada Persoalan
Jundu Muslimin: Salam ustaz... yang manakah perlu diutamakan terlibih dahulu antara TAUHID dan KHILAFAH... Dan apakan pandangan ustaz berkaitan Hizbut Tahrir? Harap ustaz dapat displaykan soalan saya ni dengan segera
TAUHID YANG PERLU DIDAHULUKAN...INI MENGAMBIL PENGAJARAN DARI QISAH PERMULAAN ISLAM DI MEKAH. NABI SAW TERLEBIH DAHULU MEMBINA KETAUHIDAN ATAUPUN AQIDAH SEBELUM MENUBUHKAN KHILAFAH ISLAMIAH DI MADINAH.
DALAM AL-QURAN JUGA 86 SURAH DARI 114 SURAH MENCERITAKAN TENTANG AQIDAH DAN KETAUHIDAN BERBANDING SYARIAT HANYA 28 SURAH...
BAGAIMANA KHILAFAH HENDAK DITEGAKKAN TANPA AQIDAH DAN TAUHID YANG KUAT. KERANA KHILAFAH HENDAKLAH DIBINA DI ATAS KETAUHIDAN YANG MANTAP JIKA TIDAK AKAN LAHIRLAH KERAJAAN YANG SEKULAR.
BERKENAAN HIZBU TAHRIR SAYA HANYA MEMPUNYAI MAKLUMAT YANG SIKIT.. INSYA ALLAH AKAN SAYA CUBA JAWAB DI MASA AKAN DATANG... CUMA HIZBUZ TAHRIR INI ADALAH PECAHAN DARI PAS DAN MERUPAKAN ORANG2 YANG KECEWA DI DALAM PAS DENGAN SIKAP PAS YANG DIPLOMASI SEOLAH-OLAH MENGIKUT RENTAK POLITIK DEMOKRASI YANG TIDAK ADA DALAM ISLAM.
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 8:33 PM 1 comments
Tuesday, October 13, 2009
Jawapan kepada persoalan
norsabrina talib: salam ustaz, apa hukumnya lelaki memakai gelang? bukan gelang emas, cuma gelang2 jed atau manik. tiada sebab utk kesihatan, hanya suka2. boleh ke ustaz?
Gelang sama ada besi ,jed atau manik2 ...hukumnya haram kerana ia menyerupai perempuan...Gelang adalah perhiasan bagi kaum perempuan.....kalau untuk kesihatan pun ada perbahasannya jika ada tempat lain yang boleh dipakai gelang tersebut contohnya di lengan atas siku atau di bahu jadi hukum pakainya di pergelangan tangan sebagai gelang pun jatuh hukum haram... ini lagi kan hanya untuk suka2..
Allahu a'lam
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 11:32 PM 0 comments
Thursday, October 8, 2009
JAWAPAN KEPADA PERSOALAN
suumu: Dan apa hukumnya jika kita masih belum mandi hadas besar dan berniat puasa sunat. dan selepas subuh baru kita mandi wajib? adakah sah puasa sunat berkenaan. Terima Kasih.
7 Oct 09, 15:34
PUASANYA SAH CUMA KITA DIGALAKKAN MENYEGERAKAN MANDI WAJIB
suumu: Ustaz, apa hukumnya jika jemaah dimasjid bersalaman semasa selepas solat berjemaah (yg tersusun utk salam semua) tetapi masih ada jemaah yg masih bersolat dihadapan mereka semua? bukankah berdosa ?
HUKUM BERSALAMAN ADALAH SUNNAH. DAN HUKUM LALU DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG BERSOLAT ADALAH BERDOSA... NABI SAW LEBIH RELA MENUNGGU 40 TAHUN DARIPADA BAGINDA MELALUI DI HADAPAN ORANG YANG BERSOLAT...NAMUN JIKA ADA SEMPADAN CONTOHNYA SEJADAH ATAU SESUATU YANG DILETAKKAN DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT DIBOLEHKAN LALU DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT.
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 12:35 AM 0 comments
Sunday, October 4, 2009
Kejutan di Kuliah Subuh
Pada pagi sabtu yang lepas saya menyampaikan Kuliah Minggguan saya di Surau Al-Madaniah USJ 18 Subang Jaya, ini merupakan kuliah mingguan saya. Setelah lama bercuti sepanjang bulan Ramadhan yang lalu pagi tersebut sambungan kelas lalu.
Lebih kurang 10 minit saya memulakan kuliah saya tiba2 datang seorang lelaki berbangsa cina berseluar pendek diluar surau mengangkat tangan kepada saya yang sedang berkata2, saya pun membalasnya dengan senyuman.
Pada mulanya saya agak terkejut kerana telahan pertama saya ialah mungkin dia tidak berpuas hati dengan apa yang saya perkatakan sebab di awal kuliah saya memulakan dengan menyentuh tentang agama kristian. Pada anggapan saya dia marah kerana memperkatakan agamanya. Saya agak terganggu dan mula gagap bukan takut tapi menunggu apa tindakan beliau seterusnya.
Tiba2 dia masuk ke dalam surau dan duduk di dalam ruang solat dengan berseluar pendek. Dengan khusyuk mendengar apa yang saya perkatakan kekadang mengangguk seolah2 mendengar dnegan teliti. Kecoh jawatankuasa surau terkejut sebab seorang yang bukan Islam masuk ke dalam kawasan ibadah suci orang Islam. Tindakan bijak S/U Surau mengambil kain dan menyuruhnya memakai kain tersebut. Dia pun memakainya dan terus mendengar dengan khusyuk.
Rupa2nya dia sedang mendalami agama Islam. Dia duduk mendengar kuliah saya itu sebenarnya ikhlas mendalami Islam.
Setelah selesai kuliah saya menemuinya dan bersalaman dengannya. Dia memuji saya "Good Speech" katanya. Saya mengucapkan tahniah kepadanya.
Alhamdulillah saya doakan dia akan memeluk agama suci ini. Moga Allah membuka pintu hatinya untuk menerima hidayah Allah.
Al-Faqir Ila Allah,
Al-Jauhari
3.50 pm
Shah Alam.
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 11:56 PM 0 comments
Saturday, September 26, 2009
Ceramah Ramadhan Di SIRIM Shah Alam

Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 9:35 PM 0 comments
Monday, September 14, 2009
MAKNA ALBAIRAHA

Kaligrafi Khat AL-BAIRAHA NURAIHANAH ciptaan penulis
ALBAIRAHA berasal dari perkataan Al-BI’ RU HA. AL-BI’RU bermaksud perigi dan HA bermaksud yang segar. Namun Abu Talha menggelarkan peringinya dengan nama ALBAIRAHA.
ALBAIRAHA adalah sebuah perigi yang dimiliki oleh seorang sahabat yang bernama Abu Talha Al-Ansari salah seorang yang diberi berita gembira dengan syurga. Perigi ALBAIRAHA betul2 berada di hadapan pintu masuk Masjid An-Nabawi. Rasulullah SAW sering minum airnya ketika hendak masuk ke dalam masjid dan apabila keluar dari masjid kerana airnya mampu menyegar sesiapa yang meminumnya sehinggakan semua orang islam minum airnya sebelum dan sesudah masuk ke dalam masjid.
Ketika turunnya ayat Al-Quran dalam surah Ali Imran ayat 92 “ Tidak sesekali sampai kepada kebajikan yang sempurna selagimana kamu tidak menafkahkan dari apa yang kamu sayang dan apa yang dinafkahkan sesungguhnya Allah Maha mengetahui”.
Apabila Abu Talha mendengar ayat ini beliau terus menemui Baginda SAW dengan berkata “ Harta yang aku paling sayang ialah perigi ALBAIRAHA maka aku nafkahkan untuk Islam” lalu Baginda menjawab “ Bagus wahai Abi Talha tetapi nafkahkanlah kepada kaum kerabatmu kerana itu lebih baik”
Perkara di atas disebutkan dalam sebuah hadith sahih yang telah diriwayatkan oleh Abu Talha sendiri.
Apa yang istimewanya Abu Talha ini ialah :
1- Dia mendapat berita gembira dengan syurga Allah.
2- Dia memeluk agama Islam kerana berkahwin dengan Ummu Sulaim iaitu ibu
3- Mas Kahwin dengan Ummu Sulaim ialah mengucap dua kalimah syahadah.
4- Orang yang bersegera beramal bila mendengar ayat-ayat Allah dan hadith2
5- Orang yang banyak berjuang bersama Nabi SAW.
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 12:44 AM 2 comments
Friday, September 11, 2009
Carilah Lailatul Qadar
Satu riwayat mengatakan bahawa apabila berlaku malam Lailatul Qadar Allah akan mengutuskan 70 ribu para malaikat bersama2 Jibril a.s turun ke bumi. Masing2 membawa 4 bendera cahaya untuk dipacakkan di 4 tempat :
1- Di Kaabah
2- Di Makam Rasulullah (Masjid Nabawi)
3- Di Bukit Tur Sina (Mesir)
4- Di Masjid Al-Aqsa.
Kemudian semua para Malaikat akan memasuki rumah2 orang Islam di atas muka bumi ini, kecuali rumah yang ada 4 perkara di dalamnya :
1. Rumah yang ada arak di dalamnya.
2. Rumah yang ada maksiat di dalamnya.
3. Rumah yang ada patung di dalamnya.
4. Rumah yang ada anjing padanya.
Apabila para Malaikat memasuki rumah2 orang Islam bila di dapati manusia itu tidur maka malaikat akan keluar dengan keadaan kesal dan berkata "ruginya manusia ini". Manakala rumah yang dimasuki ini didapati ada orang yang sedang beribadah maka dia akan memohonkan keampunan baginya dan rahmat.
Mengikut pendapat Imam An-Nasai bahawa pada malam Lailatul Qadar adalah malam yang ditentukan segala perkara termasuklah Jodoh, Ajal dan Rezeki.
Jodoh - bermakna Allah akan memasukkan namanya ke dalam senarai orang yang akan berkahwin pada tahun akan datangnya. Barang siapa berdoa untuk bertemu jodoh akan dipertemukan oleh Allah dalam masa yang terdekat.
Ajal - Allah telah memilih orang yang akan dimatikan pada tahun akan datangnya dan barang siapa yang berdoa untuk panjang umur pada malam tersebut Allah akan mengeluarkan namanya untuk dimatikan pada tahun itu.
Rezeki - Barang siapa yang berdoa untuk diluaskan rezeki akan dikabulkan untuk mendapat keluasan rezeki pada tahun itu.
Pendapat Imam An-Nasai itu berpandukan dalil Al-Quran ayat ke-4 surah Ad-Dukhan yang bermaksud "Pada malam itu ditentukan segala urusan (makhluk) dengan penuh hikmah"
Oleh itu kejar wahai manusia terutama yang berhajat moga2 Allah menerima usahamu dengan menganugerahkan malam yang penuh keberkatan itu.
Al-Faqir ila Allah
Al-Jauhari
12.42 am
Subang Jaya.
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 9:23 AM 0 comments
Sunday, September 6, 2009
Kuliah Subuh Di Surau Al-Madaniah : Bulan Ramadhan Bukan Bulan Puasa
Pagi Sabtu kelmarin saya dijemput untuk menyampaikan tazkirah yang berkaitan dengan Ramadhan. sebelum itu pada hari juamaat saya bersolat di surau tersebut datang S/U surau iaitu En. Zul bertanya kepada saya "esok jangan lupa ye ustaz" saya kata "Insya Allah" beliau bertanya lagi "tajuk apa esok ustaz? " saya kata tajuk "Bulan Ramadhan Bukan Bulan Puasa" terkejut dia...dia bertanya lagi "betul ke ustaz?"...Iye jawab saya. "Kalau macam tu malam ni saya umumkan sebelum solat tarawih...mesti ramai yang datang esok, sebab tajuknya pelik"...saya kata "ok je...jangan dengan polis dan jais datang sudah...habis saya kena gam"...pakat ketawa.
Pagi sabtu tu saya datang memang ramai orang datang yang muda2 ramai.... terkejut juga.. saya beranggapan bahawa malam tadi dah diumumkan tajuk yang bombastik.
Saya pun memulakan kuliah subuh saya ... saya perjelaskan bahawa Bulan Ramadhan Bukan Bulan Puasa kerana :
1. Kalau bulan Ramadhan bulan puasa nanti jadi apa yang berlaku sekarang ini hakikatnya bulan sahaja yang berpuasa orang tak berpuasa.
2. Ibadah Puasa datang setelah bulan Ramadhan datang, bermakna ibadah puasa Allah SWT pilih untuk diletakkan di dalam bulan Ramadhan. Ini kerana bulan ramadhan adalah bulan yang panas dan terik membakar. Allah memilih Ramadhan kerana ingin menguji hamba-Nya dan bulan Ramadhan sendiri Allah jadi sebagai pembakar kepada dosa2 manusia.
3. Kalau kita berpegang bahawa bulan Ramadhan bulan puasa bahawa telah menetapkan dan menganggap bahawa pada bulan Ramadhan adalah bulan untuk berpuasa. Secara tidak langsung kita akan meminggirkan ibadah yang lain seperti solat tarawih dan bersedekah yang sama pentingnya dengan berpuasa.
hakikatnya bulan Ramadhan adalah bulan :
1. Bulan Solat kerana solat tarawih hanya ditentukan di dalam bulan Ramadhan. ramai juga yang berpuasa tetapi tidak memperbanyakkan solat2 sunat yang lain seperti solat Tarawih, Qiamullail dan sebagainya malah ada yang tidak melaksanakan solat fardu.
2. Bulan melatih nafsu kerana hikmahnya Allah mengikat dan memenjara Syaitan daripada menganggu manusia oleh itu manusia diberi peluang untuk mentarbiah nafsu dan hati tanpa ganguan dari syaitan yang dilaknat.
3. Bulan Sedekah dan zakat fitrah. Bulan di mana diwajibkan zakat fitrah dikeluarkan sepanjang bulan ramadhan jika dibayar setelah datangnnya Syawal maka ia hanya dikira sedekah biasa. Bersedekah bukan sahaja wang ringgit tetapi kita boleh bersedekah dengan memberi orang yang berpuasa berbuka.
4. Bulan Al-Quran kerana dalam surah Al-Baqarah Allah berfirman " Bulan Ramadhan diturunkan al-Quran padanya.....". oleh yang demikian bukan sahaja ibadah puasa yang dipilih dalam bulan Ramadhan tetapi Al-Quran juga dipilih oleh Allah untuk berada di dalam bulan Ramadhan. jesteru itu, bukan menyambut "NUZUL AL-QURAN " sahaja tetapi pembacaannya yang dituntut di dalam bulan ini.
5. Bulan Mengumpul bekalan sebelum menuju kepada Allah dengan gandaan pahala juga dengan ganjaran sesiapa yang mendapat Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan.
6. Bulan Pengampunan kerana bulan ramadhan ini datang untuk membakar dosa2 yang telah lalu. Sepanjang bulan ini sepatutnya diisi dengan istigfar dan taubah yang banyak.
kesimpulannya :
Bulan Ramadhan bukan sahaja bulan puasa tetapi adalah bulan ibadah yang lain.
Setelah selesai menyampaikan kuliah subuh tersebut, Bilal dan S/U datang jumpa saya dengan mengucapkan tahniah...katanya "Tahniah Ustaz!. Ustaz telah berjaya mengubah skala rektar pemikiran masyarakat Surau Madaniah.
Haza min Fadli Rabbi...(ini adalah kelebihan dari Tuhanku)
Sekadar berkongsi cerita dan informasi
Al-faqir Ila Allah
Al-Jauhari
11.05pm
Subang Jaya.
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 7:35 AM 0 comments
syamail Muhammadiah : Bentuk Tubuh Badan Rasulullah SAW - HAdith ke-6
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa ;
Adalah gigi hadapan Rasulullah SAW renggang sedikit, ketika beliau berbicara seperti keluar cahaya dari celah2 giginya.
(dikeluarkan oleh Baihaqi, Al-Bagawi, Ad-Darimi, At-Tarmizi dan Tabrani)
Syarah Hadith
-Gigi hadapan Rasulullah sedikit renggang sehingga apabila baginda berkata2 seolah2 keluar di antara gigi hadapannya cahaya.
- Rasulullah SAW manis dengan gigi yang agak renggang sedikit.
Al-faqir ila Allah
Al-Jauhari
Subang jaya
10.30 pm
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 7:27 AM 0 comments
