Kubbah Hijau dimana dibawahnya terdapat makan Rasulullah
Al-Bara' bin Azib r.a meriwayatkan :
Bentuk tubuh badan Rasulullah sederhana. Bahagian badan di antara kedua bahunya lebar. rambutnya lebat, hujung rambutnya menyentuh anak telinga. Baginda memiliki baju berwarna merah, saya belum pernah melihat seseorang yang lebih tampan daripada baginda SAW.
(Dikeluarkan oleh At-Tarmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Syarah Hadith
- Rasulullah mempunyai dada yang bidang dan lebar. Badan baginda sasa sehingga orang tidak dapat menjatuhkan baginda dengan mudah.
- Rambut baginda lebat dan mengikut riwayat bahawa bahagian tepinya panjang sehingga menyentuh anak telinga (1/2 telinga) dan bahagian belakangnya menyentuh bahu. (akan dibahas di dalam bab rambut Rasulullah SAW)
-Rasulullah mempunyai baju berwarna merah yang apabila dipakai akan menampakkan kecantikkan baginda SAW dan tidak dapat ditandingi oleh sesiapa walaupun mereka memakai baju berwarna merah. (akan dibahas lebih panjang dalam bab pakaian Nabi SAW)
0 comments:
Post a Comment