BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan "Pembakar Dosa"

Saban tahun kita menemui Ramadhan Al-Mubarak namun kita tidak mengejarnya atau tidak memanfaatkan dengan sebaiknya bulan yang penuh barakah ini.

Sesetengah kita seorang bulan Ramadhan ini sama sahaja dengan bulan yang lain cuma bezanya di siangnya kita berpuasa. Malah ada yang langsung tidak menghiraukannnya sebab mereka memang tidak pernah berpuasa.

Di kesempatan ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda semua tentang apa sebenarnya pengertian Ramadhan dan tuntutannya berpandukan erti Ramadhan.

Ramadhan bermaksud panas membakar, di sisi orang2 Arab pada bulan ini akan berlaku kemarau yang dahsyat dan kepanasan yang melampau sehingga mereka tidak boleh berjalan tanpa menggunakan selipar. Namun dari sudut agama Islam, Ramadhan di datangkan oleh Allah adalah untuk membakar dosa2 manusia yang telah lalu.

Setelah setahun kita sering melakukan dosa kepada Allah tibanya Ramadhan sebagai penghapus dosa yang telah dilakukan. Oleh sebab itulah Malaikat Jibril a.s datang kepada Nabi SAW ketika mana Baginda melangkah ke tangga pertama untuk naik mimbar berkhutbah dengan berkata kepada Nabi SAW "Celakalah bagi sesiapa yang datangnya Ramadhan tetapi tidak dapat pengampunan dengan Ramadhan....Katakan Amin Ya Muhammad". Nabi enggan untuk mengaminkan kerana sayang kepada umatnya namun baginda akur sebab ini perintah Allah SWT....lalu Nabi aminkan (bermaksud Perkenankanlah).

Oleh itu Ramadhan datang kepada kita sebagai pembakar kepada dosa kita yang telah lalu, sebagaimana hadith Nabi yang bermaksud " Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan serta bersungguh2 maka Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu ".

Keistimewaan tersebut merupakan sebahagian dari keistimewaan yang Allah telah berikan kepada nabi-Nya Muhammad SAW iaitu "Telah diampunkan dosamu (Muhammad) yang telah lalu dan akan datang". Kita hanya diberikan pengampunan dosa yang telah lalu sebab kita manusia biasa yang sering melakukan dosa kepada-Nya. Namun pintu taubat masih terbuka.

Marilah kita sama2 memenuhi tuntutan bulan Ramadhan dengan melakukan puasa, solat tarawih, tahajjud dan memperbanyakkan taubat kepada-Nya, mudah2an akan mendapat pengampuanan oleh Allah SWT.


Al-Fakir ila Allah
Al-Jauhari
10.32 am
Subang Jaya.

0 comments: