BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, August 25, 2009

KUANTITI ATAU KUALITI???


KUALITI ATAU KUANTITI?

Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah. Seluruh masjid berlumba2 untuk menganjurkan solat tarawih. Ada yang melakukan solat tarawih 8 rakaat dan diselangi dengan tazkirah, ada juga yang melakukan 20 rakaat, ada yang melantik imam hafiz untuk menghatamkan 1 juzuk satu malam malah ada juga yang hanya membaca 3-4 ayat atau surah2 lazim sahaja.

Persoalannya, mana yang labih baik? Kalau mengikut dasarnya memanglah yang buat 20 rakaat dan 1 juzuk semalam dengan imam hafiz itu yang paling baik…..namun bagaimana kualiti khusyuknya. Adakah hanya mementingkan kuantiti berbanding kualitinya.

Baru2 ini saya balik kampung menyambut awal puasa bersama ibu tersayang. Saya tidak bersolat tarawih di masjid kampung tetapi saya bersolat di masjid yang agak jauh sedikit dari kampung. Bila balik rumah semua mengeluh “panjangnya imam baca” pukul 11 baru habis solat tarawih 20 rakaat dicampur dengan witir 3 rakaat.

Malam esoknya saya buat majlis buka puasa, saya jemputlah saudara mara dan jiran2…tajuk perbincangan sebelum menantikan buka puasa ialah tentang panjangnya solat tarawih di masjid. Setahu saya memang masjid kita nih tak pernah buat panjang2 imamnya ialah imam tua atau imam kerajaan yang sudah faham dengan orang2 kampung. Namun kali ini mungkin pentadbiran masjid nak buat kelainan dengan melantik imam dari kalangan al-hafiz yang muda2 dan bacaannya sejuzuk semalam.

Orang kampung agak fobia nak pergi solat tarawih di masjid kerana takut habis lambat dan ramai yang pergi dan sudah merancang untuk buat 8 rakaat sahaja. Saya pun malam itu selepas majlis berbuka puasa pergi ke masjid nak solat tarawih disamping itu nak memastikan betul ke solatnya panjang. Bila saya solat malam itu berbeza pulak dengan kata2 orang yang katanya panjang. Malam itu imam hanya membaca 2-3 ayat sahaja serakaat. Anggapan saya bahawa orang kampung dah ada yang komplin kot…. Sebab itu pentadbiran masjid tukar semula kepada tradisi lama.

Pada tajuk yang lalu saya telah bawakan sunnah dan hikmah imam menoleh ke belakang. Sebenarnya inilah tujuannya, supaya kita dapat lihat siapa di belakang kita sewaktu mengimami solat.

Di belakang kita ada orang2 tua yang sudah uzur dan kebanyakkan yang rajin pergi solat ialah wanita yang berumur jadi mereka semua tidak mampu untuk berdiri lama dan menghayati bacaan yang panjang2. Lalu yang terjadi ialah mereka sudah hilang kekhusyukkan di dalam solat kerana menahan lutut dan kaki yang sakit.

Pada pendapat saya ialah lebih baik kita melaksanakan solat tarawih semampu makmum kita kerana tarawih pun berasal dari perkataan RAAHA ISTIRAAHA yang bermaksud rehat. Oleh itu solat ini mestilah dibuat dalam keadaan rehat bukan dalam keaadan yang menyakitkan dan membebankan.

Bulan Ramadhan adalah bulan diturunkan Al-Quran di dalamnya. Jadi tuntutannya ialah kita memperbanyakkan bacaan kita di siang hari dan malam hari bukan di dalam solat tarawih.

Solat tarawih janganlah terlalu panjang bacaan dan perbuatannya kerana dia akan kehilangan kualiti dan lari dari maksud asal. Dan apabila kita memendekkan bacaan dan perbuatannya hendaklah kita membaca ayat2 dan berhenti pada kepala2 ayat bukan membaca Al-fatehah dengan satu nafas dan surah Al-Ikhlas senafas…..ini yang menjadi kesilapan besar masyarakat kita. Dahlah solat dipendekkan, bacaan pulak dibaca dengan laju tanpa menjaga makhraj dan hukum tajwidnya.

Kesimpulannya…. Solat yang panjang dan bacaan yang panjang tetapi dibaca dengan makhraj serta tajwid yang betul adalah jauh lebih baik dari solat yang pendek… tetapi jikan solat yang panjang berlaku sebaliknya bererti solat yang pendek dengan bacaan yang baik serta bertajwid adalah lebih baik kerana yang dipersoalkan ialah kualiti bukan kuantiti.

Al-fakir ila Allah..

Al-Jauhari

12.05 am

Subang Jaya.



1 comments:

Anonymous said...

salam ustaz, sy membuat target untuk solat taraweh setiap mlm utk ramadhan tahun ini.. setakat ni, alhamdulillah.. hanya tinggal 5 hari ketika sy uzur. Ustaz doakan sy berjaya yer.. tp dari segi kualiti, sy sedang berusaha utk khusyuk.. maklum la.. sy ni byk sgt kekurangannya.. dan terima kasih di atas ilmu yang sy perolehi dari blog ustaz... teruskan usaha dan insyaAllah, sy akan selalu membacanya...