BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, August 30, 2009

Bulan Ramadhan bukan sahaja bulan puasa

Pada pagi Ahad semalam saya dijemput untuk menyampaikan kuliah subuh di Masjid Imam At-Tirmizi Jln. Klang Lama Kuala Lumpur. Saya dijemput oleh Ust. Zulkifli yang juga Imam masjid tersebut.

Mereka minta saya bawakan tajuk yang berkaitan dengan Ramadhan dan saya mulakan kuliah ini dengan membawakan antara kesilapan kita dalam menggunakan perkataan Arab tertapi disalah ertikan atau tidak mengambil makna sebenar apa yang dituntut melalui kalimah tersebut.

Pagi itu saya bawakan kalimah Ramadhan yang berasal dari RAMADHA yang bererti panas terik dan membakar. Orang2 arab dahulu menamakan bulan ini dengan bulan ramadhan kerana kebiasaannya pada bulan ini mereka tidak mampu berjalan tanpa menggunakan selipar atau alas kaki akibat kepanasan yang membakar. Namun dari kaca mata Islam pula ramadhan yang bermakna membakar ia sebenarnya hadir untuk membakar dosa2 manusia yang telah lalu sebagaimana yang dikuatkan melalui hadith Nabi SAW " Barang siapa yang berpuasa di dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan sungguh2 akan diampurkan dosanya yang telah lalu. Jadi Ramadhan datang untuk membakar dosa2 manusia.

Kalimah ke-2 ialah Ibadah ia berasal dari perkataan ABADA yang terbit juga darinya perkataan ABDUN yang membawa makna PERHAMBAAN. Sebenarnya ibadah yang kita laksanakan samada ibadah puasa, solat dan sebagainya adalah satu proses pembuktian atau perhambaan dengan Allah SWT. Jika kita memahami konsep ibadah ini sebagai perhambaan kepada Allah kita akan takut dan rendah diri bila berhadapan dengan Allah dalam sesebuah ibadah. Apa yang menyedihkan kekadang kita tidak meletakkan diri kita sebagai hamba yang sedang memperhambakan diri kepada Allah. Orang lelakinya kekadang hanya memakai kain sarung yang diikat di atas pusat tanpa berbaju melaksanakan solat kepada Allah. Bagaimana seorang hamba tidak hormat kepada tuannya (Allah) sedangkan semasa di pejabat dialah yang paling bergaya dengan tali leher dan kot sebab malu berhadapan dengan bosnya.

Kemudian saya bawakan kepada mereka tentang bulan Ramadhan yang hanya dianggap sebagai bulan puasa. Ini satu kesilapan besar bagi kita umat Islam yang menganggap bulan ramadhan hanya bulan nyang dituntut kita berpuasa.

Bulan Ramadhan sebenarnya bukan bulan puasa sahaja malah ia juga bulan.....

1. Bulan Puasa

2. Bulan Solat
- Ini kerana ibadah solat Tarawih hanya ada pada bulan Ramadhan. Bulan dimana
solat2 sunat diganjari dengan pahala sebagai amalan wajib.

3. Bulan Melatih Nafsu
- Pada bulan ini syaitan2 diikat oleh Allah dari menganggu dan mengoda manusia. Oleh itu bulan ini adalah peluang kita untuk melatih nafsu dari bermaharajalela moga2 bila keluar dari Ramadhan kita memiliki nafsu yang terdidik dan baik.

4. Bulan Sedekah, Infaq dan Zakat
- Bulan dimana diwajibkan bagi setiap individu muslim melaksanakan ibadah zakat fitrah. Bulan ini juga dituntut untuk memperbanyakkan sedekah dan memberi makan kepada orang2 miskin dan orang yang berpuasa.

5. Bulan Al-Quran
- Bulan ramadhan adalah bulan yang diturunkan Al-Quran padanya sebagaimana yang kita sambut pada 17 Ramadhan yang dikenali sebagai Nuzul Al-Quran. Apa yang dituntut ialah dibulan ini pembacaan Al-Quran yang banyak.

6. Bulan mencari belakan
- Bulan dimana segala amalan kita akan dilipat gandakan oleh Allah sebagai bekalan kita menuju kepada-Nya di padang Mahsyar kelak.

7. Bulan Pengampunan
- Banyak hadith2 yang menyebut bahawa akan diampunkan dosa yang telah lalu dan juga bulan Ramadhan ini awalnya terdapat rahmat kasih sayang Allah, pertengahannya keampunan dari Allah dan akhirnya pembebasan dari api neraka.


Saya bawakan sedikit dari kupasan yang berikan kepada mereka untuk sama2 kita berkongsi ilmu pengetahuan.

Kuliah saya berlangsung selama hampir 1jam 20 minit lamanya. Moga ada kebaikan di sana .



Al-Fakir Ila Allah,

Al-Jauhari
Subang Jaya.
2.30pm

1 comments:

Ustaz Amin said...

Tahniah syeikh, penulisan semakin mantap, teruskan