BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, September 14, 2009

MAKNA ALBAIRAHA


Kaligrafi Khat AL-BAIRAHA NURAIHANAH ciptaan penulis

Ramai yang Tanya saya apa maksud ALBAIRAHA. Di sini saya suka untuk menerangkan :

ALBAIRAHA berasal dari perkataan Al-BI’ RU HA. AL-BI’RU bermaksud perigi dan HA bermaksud yang segar. Namun Abu Talha menggelarkan peringinya dengan nama ALBAIRAHA.

ALBAIRAHA adalah sebuah perigi yang dimiliki oleh seorang sahabat yang bernama Abu Talha Al-Ansari salah seorang yang diberi berita gembira dengan syurga. Perigi ALBAIRAHA betul2 berada di hadapan pintu masuk Masjid An-Nabawi. Rasulullah SAW sering minum airnya ketika hendak masuk ke dalam masjid dan apabila keluar dari masjid kerana airnya mampu menyegar sesiapa yang meminumnya sehinggakan semua orang islam minum airnya sebelum dan sesudah masuk ke dalam masjid.

Ketika turunnya ayat Al-Quran dalam surah Ali Imran ayat 92 “ Tidak sesekali sampai kepada kebajikan yang sempurna selagimana kamu tidak menafkahkan dari apa yang kamu sayang dan apa yang dinafkahkan sesungguhnya Allah Maha mengetahui”.

Apabila Abu Talha mendengar ayat ini beliau terus menemui Baginda SAW dengan berkata “ Harta yang aku paling sayang ialah perigi ALBAIRAHA maka aku nafkahkan untuk Islam” lalu Baginda menjawab “ Bagus wahai Abi Talha tetapi nafkahkanlah kepada kaum kerabatmu kerana itu lebih baik”

Perkara di atas disebutkan dalam sebuah hadith sahih yang telah diriwayatkan oleh Abu Talha sendiri.

Apa yang istimewanya Abu Talha ini ialah :

1- Dia mendapat berita gembira dengan syurga Allah.
2- Dia memeluk agama Islam kerana berkahwin dengan Ummu Sulaim iaitu ibu

kepada Anas bin Malik yang menginfaqkan dirinya kepada Rasulullah SAW.
3- Mas Kahwin dengan Ummu Sulaim ialah mengucap dua kalimah syahadah.
4- Orang yang bersegera beramal bila mendengar ayat-ayat Allah dan hadith2

Nabi SAW.
5- Orang yang banyak berjuang bersama Nabi SAW.




Al-Jauhari

Subang Jaya

3.53pm

2 comments:

Ustaz Amin said...

selamat hari raya syeikh, semoga terus berjuang untuk agama, amin..

tik said...

Assalamu'alaikum ustaz..
Saya senang sekali menemukan istilah al-bairaha dan membaca kisah tentang ini.
Saya punya majlis pengajian anak-anak bernama "al-bi'ru". Saya namakan al-biru karena sebelum majlis saya berdiri di dekat majlis ini ada sebuah sumur yang ada sejak kakek saya muali tinggal di tampat tersebut. Hingga sekarang sumur tersebut masih mengeluarkan air yang baik untuk digunakan keluarga saya (kurang lebih sudah hampir 40 tahunan).
Saya harapkan semoga nama tersebut memaknai di majlis saya ini adalah 'sumur ilmu' yang terus memberi manfaat untuk semua orang.
Saya ingin tahu tentang darimana ustaz menemukan kisah al-bairaha yang ustaz tulis di sini.
Saya juga ingin sekali ustaz memberikan opini terhadap pemberian nama al-Bi'ru untuk majlis saya ini.
Terimakasih untuk tanggapan yang saya harapkan akan ustaz berikan. semoga Kesehatan dan keberkahan untuk kita semua. Amiiien.

Wassalamu'alaikum.