BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, September 26, 2009

Ceramah Ramadhan Di SIRIM Shah Alam


Pertamanya kemaafan dihulur kerana blog ini bercuti selama 10 hari ekoran penulis sibuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Pada 15 Sept 2009 bersamaan 26 Ramadhan 1430H yang lalu saya dijemput untuk menyampaikan tazkirah Ramadhan, tajuk yang saya bawa ialah "Di Ambang Syawal".




Antara isi kandungan tazkirah saya ialah :


Erti Syawal : Syawal bermakna "naik" kerana kebiasaan pada bulan ini ekor unta akan tegak naik bila dipukul dipunggungnya lalu orang Arab dahulu menamakan bulan dengan Syawal kerana Syawal bermakna 'Naik".


Erti Syawal dari sudut Agama : "Naik atau Meningkat". Pada bulan ini apa yang dituntut oleh agama ialah peningkatan amalan kita kerana kita telah ditarbiah oleh Ramadhan sebulan lamanya. Yang dituntut naik dan meningkat ialah ibadah, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.


Erti Aidil Fitri : Aid berasal dari kalimah A'ADA bererti Kembali dan FITRI berasal dari kalimah Fitrah. AIDIL FITRI bermakna Kembali Kepada Fitrah, dengan makna yang lebih mendalam ialah mereka2 yang keluar dari Ramadhan seolah2 keluar dari perut ibu semasa dilahirkan, ini kerana Ramadhan telah membersihkan dosa kita seperti bayi yang baru lahir tanpa dosa.


Apa yang malang ialah apabila kita yang baru lahir dari Ramadhan yang suci dari dosa kita cemari dengan perkara yang menyebabkan dosa dan sekaligus mengotorkan kesucian kita.


Selama sebulan tidak menghisap rokok dalam bulan Ramadhan tiba2 di pagi Syawal kembali kepada asal kita sebelum datangnya Ramadhan. Kalau kita yang keluar dari kelahiran Ramadhan seperti bayi yang baru lahir, jadi... di pagi Syawal sebenarnya suatu perkara yang pelik berlaku iaitu BAYI MEROKOK.


Amalan di akhir2 Ramadhan :


Hadith yang diriwayatkan oleh Abi Umamah daripada Baginda SAW bersabda :


Barang siapa yang menghidupkan malam dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) tidak akan mati hatinya di hari akan dimatikan hati2 manusia.


1. Qiamullail dengan mengerjakan solat sunat tasbih, hajat, tahajjud dan sebagainya.

2. Bertakbir

3. Mengembirakan anak2 yatim dan orang miskin

4. Banyakkan bersedekah

5. Bermaaf2 an


Sekian sahaja yang dapat dikongsikan bersama sebagai renungan.



Al-Faqir ila Allah,

Al-Jauhari

Subang Jaya

12.56pm

0 comments: