Pagi Sabtu kelmarin saya dijemput untuk menyampaikan tazkirah yang berkaitan dengan Ramadhan. sebelum itu pada hari juamaat saya bersolat di surau tersebut datang S/U surau iaitu En. Zul bertanya kepada saya "esok jangan lupa ye ustaz" saya kata "Insya Allah" beliau bertanya lagi "tajuk apa esok ustaz? " saya kata tajuk "Bulan Ramadhan Bukan Bulan Puasa" terkejut dia...dia bertanya lagi "betul ke ustaz?"...Iye jawab saya. "Kalau macam tu malam ni saya umumkan sebelum solat tarawih...mesti ramai yang datang esok, sebab tajuknya pelik"...saya kata "ok je...jangan dengan polis dan jais datang sudah...habis saya kena gam"...pakat ketawa.
Pagi sabtu tu saya datang memang ramai orang datang yang muda2 ramai.... terkejut juga.. saya beranggapan bahawa malam tadi dah diumumkan tajuk yang bombastik.
Saya pun memulakan kuliah subuh saya ... saya perjelaskan bahawa Bulan Ramadhan Bukan Bulan Puasa kerana :
1. Kalau bulan Ramadhan bulan puasa nanti jadi apa yang berlaku sekarang ini hakikatnya bulan sahaja yang berpuasa orang tak berpuasa.
2. Ibadah Puasa datang setelah bulan Ramadhan datang, bermakna ibadah puasa Allah SWT pilih untuk diletakkan di dalam bulan Ramadhan. Ini kerana bulan ramadhan adalah bulan yang panas dan terik membakar. Allah memilih Ramadhan kerana ingin menguji hamba-Nya dan bulan Ramadhan sendiri Allah jadi sebagai pembakar kepada dosa2 manusia.
3. Kalau kita berpegang bahawa bulan Ramadhan bulan puasa bahawa telah menetapkan dan menganggap bahawa pada bulan Ramadhan adalah bulan untuk berpuasa. Secara tidak langsung kita akan meminggirkan ibadah yang lain seperti solat tarawih dan bersedekah yang sama pentingnya dengan berpuasa.
hakikatnya bulan Ramadhan adalah bulan :
1. Bulan Solat kerana solat tarawih hanya ditentukan di dalam bulan Ramadhan. ramai juga yang berpuasa tetapi tidak memperbanyakkan solat2 sunat yang lain seperti solat Tarawih, Qiamullail dan sebagainya malah ada yang tidak melaksanakan solat fardu.
2. Bulan melatih nafsu kerana hikmahnya Allah mengikat dan memenjara Syaitan daripada menganggu manusia oleh itu manusia diberi peluang untuk mentarbiah nafsu dan hati tanpa ganguan dari syaitan yang dilaknat.
3. Bulan Sedekah dan zakat fitrah. Bulan di mana diwajibkan zakat fitrah dikeluarkan sepanjang bulan ramadhan jika dibayar setelah datangnnya Syawal maka ia hanya dikira sedekah biasa. Bersedekah bukan sahaja wang ringgit tetapi kita boleh bersedekah dengan memberi orang yang berpuasa berbuka.
4. Bulan Al-Quran kerana dalam surah Al-Baqarah Allah berfirman " Bulan Ramadhan diturunkan al-Quran padanya.....". oleh yang demikian bukan sahaja ibadah puasa yang dipilih dalam bulan Ramadhan tetapi Al-Quran juga dipilih oleh Allah untuk berada di dalam bulan Ramadhan. jesteru itu, bukan menyambut "NUZUL AL-QURAN " sahaja tetapi pembacaannya yang dituntut di dalam bulan ini.
5. Bulan Mengumpul bekalan sebelum menuju kepada Allah dengan gandaan pahala juga dengan ganjaran sesiapa yang mendapat Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan.
6. Bulan Pengampunan kerana bulan ramadhan ini datang untuk membakar dosa2 yang telah lalu. Sepanjang bulan ini sepatutnya diisi dengan istigfar dan taubah yang banyak.
kesimpulannya :
Bulan Ramadhan bukan sahaja bulan puasa tetapi adalah bulan ibadah yang lain.
Setelah selesai menyampaikan kuliah subuh tersebut, Bilal dan S/U datang jumpa saya dengan mengucapkan tahniah...katanya "Tahniah Ustaz!. Ustaz telah berjaya mengubah skala rektar pemikiran masyarakat Surau Madaniah.
Haza min Fadli Rabbi...(ini adalah kelebihan dari Tuhanku)
Sekadar berkongsi cerita dan informasi
Al-faqir Ila Allah
Al-Jauhari
11.05pm
Subang Jaya.
Sunday, September 6, 2009
Kuliah Subuh Di Surau Al-Madaniah : Bulan Ramadhan Bukan Bulan Puasa
Posted by Hj. Rusydi Bin Ramli at 7:35 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment