BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, May 2, 2009

PASAL BABI

Kita sekarang sedang digemparkan satu penyakit "Selsema Babi" yang menular hebat di Mexico, Amerika, Canada dan baru2 ini telah merebak ke negara Hongkong. Satu ketika dahulu kita pernah digemparkan dengan satu lagi penyakit yang berkaitan dengan babi iaitu "JE" yang berlaku di negara kita sendiri.
Ada 3 sebab atau hikmah kenapa babi ini diciptakan oleh Allah SWT dan letakkan di atas muka bumi ini ;
1. Petunjuk kepada manusia bahawa binatang itulah babi.
Setelah Allah SWT menerangkan babi di dalam beberapa ayat2 suci Al-Quran...tentang Allah mengharamkan memakan babi dan perumapaan sebilangan manusia tentang menyerupai peangai babi. Bila Allah menyebutkan tentang babi....Allah ciptakan babi supaya manusia dapat melihat sendiri mana satukah babi yang diharaman oleh Allah. Bayangkan kalau Allah tidak menciptakan babi tetapi mengharamkannya di dalam Al-Quran nescaya manusia akan tercari2 mana satu binatangkah yang dipanggil babi.
Orentalis barat membuat kekeliruan kepada umat Islam dengan dakwaannya bahawa babi sebenarnya tidak diharamkan oleh Allah. Kalaulah Allah mengharamkan babi kenapa Allah menciptanya. Ini adalah strategik untuk menjerumuskan umat Islam kepada suatu yang membawa kepada kebencian Allah.
2. Sebagai ujian kepada manusia.
Sebagaimana Allah menciptakan kejahatan dan kebaikan. Allah telah menciptakan kejahatan dan kebaikan sebagai ujian kepada manusia. Allah memberikan kepada kita kuasa untuk memilih salah satunya...namun Allah mengharamkan kita memilih kejahatan tetapi kenapa Allah menciptakannya. Kalau Allah ingin semua manusia melakukan kebaikan tidak perlulah diciptakan kejahatan namun Allah tetap menciptakan kejahatan sebagai ujian kepada kita manusia.
Begitu juga dengan babi..kenapa Allah menciptakannya sedangkan Allah mengharamkannya, ia adalah ujian kepada manusia.
3. Babi adalah bnatang yang diciptakan untuk menjalankan tugas memakan makanan yang kotor di atas muka bumi ini.
Setiap makhluk yang diciptakan di atas muka bumi ini mempunyai tugas dan tangungjawab masing2. Manusia contohnya tugasnya untuk mentadbir bumi selain membesarkan Allah dengan beribadah kepada-Nya. Matahari dan bulan ada tugas masing2. Begitu jugalah dengan binatang yang bernama babi tugasnya ialah membersihkan makanan atau apa sahaja yang kotor dengan cara memakannya.
Sebagaimana kita melihat ikan yang tugasnya memakan lumut dan kotoran di dalam akuarium..kalau di tempat saya dipanggil ikan majlis daerah...di sini dipanggil ikan bandaraya...ada juga yang memanggilnya ikan sampah. Lihat apa tugasnya ia hanya akan makan kotoran di dalam akuarium. Kalau kita memberikan makanan kepada ikan yang lain dengan makanan yang istimewa, semua ikan akan berebut-rebut memakannya tapi ikan tersebut tidak berebut tetapi selamba sahaja memakan kotoran di dasar akuarium.
Peliknya babi yang memakan kotoran dan seluruh badannya dipenuhi bakteria, kuman dan virus hasil dari sumber makanan yang kotor...manusia pula memakannya. Maka akan berpindahlah segala virus dan bakteria yang ada pada daging babi ke badan manusia. Sebab itulah Allah mengharamkan manusia memakan babi.
fikir2kan....
Teringat satu teka-teki " Kenapa anak babi jalan tunduk?" jawapannya "sebab anak babi malu bapak dia orang semua panggil babi" hihihhihihihih

Tuesday, April 14, 2009

Faedah Memahami Makna Al-Quran

Saya nak kongsi sesuatu yang berharga....

Baru-baru ini saya mengajar bahasa Arab di sebuah institusi kerajaan berpandukan modul Belajar Bahasa Arab Untuk Al-Quran (At-Tilawah)...seperti biasa seorang demi seorang akan menterjemahkan petikan ayat Al-Quran... tiba-tiba bila sampai giliran seorang kakak dia menjerit "Allah"... saya bertanya kenapa kak?...dia terjemahkan ayat yang dibaca kepada saya yang bermaksud " Allah telah menurunkan dari langit air maka dia mengeluarkan dengannya buah-buahan sebagai rezeki kepada kamu".... Ya Allah ustaz!...selama ni saya mengeluh kalau hujan, saya marah kalau hujan sebab baju yang dijemur tak kering, rupa-rupanya Allah turunkan hujan nak tumbuhkan buah-buahan untuk kita sebagai rezeki..."

Saya menambah " ada lagi teruk kak!....orang nak buat kenduri kahwin...siap panggil manusia yang bernama bomoh untuk lawan Allah....minta dia halau hujan" ....Astagfirullah al-Azim.. malam tadi satu berbual dengan seorang sahabat peguam...saya cerita sombongnya Jurutera Kapal Titanic dia kata " Tuhan pun tak boleh tenggelamkan kapal yang canggih ini" namun Allah maha berkuasa Titanic tenggelam dengan menlanggar iceberg sahaja...putus dua kapal yang canggih itu.... sahabat saya kata "ustaz perasan tak...kapal angkasa Amerika (Callenger) yang meletup sebaik sahaja dilancarkan.... makna callenger tu ialah melawan/pencabar.... sebenarnya dia nak cabar Allah SWT .....Allahuakbar!!! maha suci Allah

Kesimpulannya ialah ....Kalau kita ingin sesuatu contohnya minta majlis kahwin kita berjalan lancar bukan panggil bomoh hujan untuk alih atau tolak hujan ....hujan milik Allah, sebenarnya kita perlu solat hajat minta Allah tangguhkan hujan turun ditempat kita....Allah sebenarnya yang menggerakkan awan yang membawa hujan .....dan Allah telah merancang dan menentukan bumi mana akan ditimpa hujan....

Itulah faedah bila kita dapat memahami Al-Quran.... moga kita berlumba-lumba mempelajari Al-Quran

Saturday, March 28, 2009

CERAMAH MAULIDUR RASUL DI KOLEJ ANGGERIK UITM

Alhamdulillah pada hari Rabu 25.03.09 saya dijemput berceramah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW di Kolej Anggerik UiTM Shah Alam.

Majlis ini dihadiri oleh pelajar-pelajar puteri Kolej Anggerik, teringat semasa ceramah di Iskandariah Mesir yang semua pelajarnya terdiri dari pelajar perempuan. Kalau di Iskandariah dulu ingat lagi boleh berulang dari Kaherah yang jauhnya hampir 300 km. Bertolak petang dari Kaherah sampai di Iskandariah jam 8 malam terus ceramah dan kembali ke Kaherah jam 10 malam. Tapi bila agak malas untuk memenuhi jemputan ceramah yang agak jauh, teringat dulu di Mesir semua boleh, tak jadi malas.

Malam itu di UiTM, saya diberikan tajuk "Cinta Insan Teragung". Majlis ini adalah anjuran Institut Kefahaman Islam UiTM (CITU) telah dihadiri oleh para Pegawai Pembangunan Pelajar. Saya telah membawakan sejarah atau bukti bagaimana Rasulullah terlalu sayang kepada umatnya, apa yang buat saya terharu ialah terdapat beberapa pelajar menangis kerana tersentuh dengan ceramah saya yang menyingkap kisah Nabi SAW dalam memperjuangkan Islam demi umatnya.

Kali kedua berceramah di UiTM Shah Alam..... UiTM memang best.

Sunday, March 22, 2009

PERNIKAHAN ADIK PEREMPUANKU

Pada Hari Sabtu 21/03/2009 jam 2.30 petang di Masjid Temenggong Daing Abd. Rahman Benut, majlis akad nikah adik perempuanku Marliza binti Ramli bersama pasangannya Mohd. Shahrunnizan bin Suratmin berlangsung dengan lancar.

Apa yang menjadi sejarah buat diriku ialah inilah kali pertama aku menikahkan orang sebelum ini aku yang dinikahkan. Aku terpaksa memikul tanggung jawab yang ditinggalkan oleh Almarhum ayahku yang amat ku sayangi. Ini sebenarnya impian Almarhum ayahku untuk menikahkan sendiri anak perempuannya namun Allah menentukan segalanya...ayah pergi sebelum sempat menunaikan impiannya. Tanggung jawab dan amanat ayah telah ku laksanakan dengan sebaiknya, moga ayah tenang di sana. Aminnnnn.....

Alhamdulillah....pengalaman pertama menikahkan orang dan ini sebenarnya tanggung jawab yang besar sebab ia akan melibatkan kehidupan orang. Inilah amanah yang berat kerana menghalalkan apa yang diharamkan Allah sebelum dari ijab dan kabul ini. Makcik-makcik ku semua kata muka ku pucat mengalahkan pengantin... ye ke?Pucat sebab bedak tebal kot...atau cahaya lampu yang terang ....tapi sebenarnya tak berapa takut cuma tanggung jawab sebenarnya menyebabkan agak macam takut.....apa pun Alhamdulillah adik ku telah selamat diijab kabulkan dengan suaminya tepat jam 3.13 petang dengan 2 kali lafaz.

Sejurus upacara ijab kabul aku ke belakang memeluk umi, aku katakan padanya "Umi saya dah laksanakan impian ayah". Umi menangis sekuat hati sebab sedih sepatutnya ayah yang menikahkan iza...

Inilah salah satu coretan diariku yang aku rasa tak lupa sampai bila-bila. Bila dah pencen nanti aku nak mohon jadi naib Kadhi kampung aku lah ..... best jugak nikahkan orang.

Wednesday, March 18, 2009

CERAMAH MAULIDUR RASUL DI BANTING

Pada 15 Mac 2009 hari ahad yang lalu saya dijemput menyampaikan ceramah Maulidur Rasul di Surau Al-Ansor Taman Medan Jaya, Banting.

Hari tu hujan selebat-lebatnya sehingga banyak pokok tumbang. Saya keluar awal dalam pukul 6 ptg dari USJ, majlisnya bermual selepas Isyak....salah budget masa saya tersampai awal dalam jam 6.45 ptg jadi terpaksalah merayap dan lepak kat kereta.

Maghrib saya pun ke surau tersebut dan ketika itu Imam menjemput saya. Selepas solat Maghrib saya pun memulakan ceramah yang berkisar tentang Kalimah Syahadah, apa yang dimaksudkan dengan "Asyhadu"...kalau yang kita biasa lihat dikaca TV bila azan berkumandang ialah aku naik saksi...sebenarnya makna kalimah "ASyhadu" amat berat...ia membawa maksud "Kalau Allah ingin mencari saksi di kalangan manusia bahawa Tiada Tuhan melaikan Engkau Ya Allah....aku sanggup jadi saksi...begitu jugalah Asyhadu kedua kalau Allah ingin mencari saksi bahawa Muhammad itu pesuruhNya ...aku sanggup jadi saksi...persoalannya adakah kita benar kenal Allah dan RasulNya untuk menjadi saksi wajib mengenalinya.

Alhamdulillah...semua berjalan sebagaimana yang dirancangkan. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk hakikatnya dari Allah tetapi atas kejahilan ilmu saya yang cetek ini. Moga ada kebaikan di sama.

CERAMAH DI UiTM SHAH ALAM




CERAMAH SIFAT SOLAT NABI MENGIKUT PANDANGAN IMAM AS-SYAFIE

Pada 14 March 2009 (Sabtu) yang lalu, saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Sifat Solat Nabi Mengikut Imam As-Syafie di Dewan Makan Kolej Delima UiTM Shah Alam.

Ceramah anjuran Pelajar-Pelajar Kuliah Perubatan UiTM dan Pengurusan Kolej Delima & Anggerik serta Seroja telah dihadiri lebih dari 100 orang peserta. Bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 1.30 petang yang mengupas sifat solat Nabi SAW daripada Takbiratul Ihram sehingga Salam berdasarkan pandangan serta dalil-dalil yang dikumpulkan oleh Imam As-Syafie.

Ceramah ini yang kedua kalinya berceramah di hadapan pelajar-pelajar universiti, pertamanya di UM bersama pelajar-pelajar Asasi Sains UM. Agak teruji dengan soalan-soalan yang dikemukan namun atas pengalaman dan ilmu yang diceduk di Al-Azhar Alhamdulillah dapat menjawab semua soalan.









Ketika sedang menyampaikan ceramah berkaitan solat Nabi


Antara bakal doktor yang mengikuti ceramah di UiTM


Tak tahulah mereka khusyuk mendengar atau sebaliknya

Syeikh Fadley turut membantu

Tuesday, March 10, 2009

KELAHIRAN NABI SAW


KELAHIRAN RASULULLAH SAW

Muhammad dilahirkan di tengah-tengah kota Mekah al-Mukarramah pada hari Isnin 12 Rabi'ul Awal bersamaan 20 April tahun Gajah. Tahun di mana peristiwa penyerangan ke atas Baitillah il-Haram oleh sepasukan tentera di bawah pimpinan Raja Abrahah.

Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim setelah ayahnya Abdullah bin Abdul Mutalib wafat semasa Baginda berusia dua bulan di dalam kandungan.



BIDAN NABI SAW

Asyifa’ binti Abdul Rahman bin Auf


PERISTIWA YANG MENAKJUBKAN SEBELUM
KELAHIRAN MUHAMMAD SAW.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa Baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Pertama, semasa Rasulullah SAW berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu tanda kehamilannya ialah dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW, Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.



PERISTIWA MENARIK SEMASA KELAHIRANNYA

Pada subuh hari kelahirannya, keadaan Mekah dan sekelilingnya ketika berada di dalam keadaan yang damai yang menenangkan jiwa. Angin yang bertiup sepoi-sepoi, keadaan alam ketika itu seolah-olah menyambut ketibaan tetamu agung yang tidak pernah dirasai oleh penduduk Mekah sebelum ini.

Kelahiran bayi ini disambut dengan suka cita oleh keluarga bani Hasyim. Di negeri Parsi, kelahiran Muhammad bin Abdullah memadamkan api-api keramat kaum majusi di kuil-kuil yang selama seribu tahun tidak terpadam semenjak dihidupkan. Kelahiran Muhammad juga menggoyangkan sendi-sendi istana Qisro Rumawi dan menyebabkan menaranya roboh. Muhammad lahir dengan membawa panji-panji risalah terakhir dari Allah untuk umat manusia.

Kita ketahui dari sejarah dan hadis bahawa ketika Nabi Muhammad saw lahir, dinding-dinding istana Qisro retak dan menaranya roboh. Api di kuil-kuil persembahan Parsi padam. Danau dan sawah mengering. Berhala-berhala yang memenuhi pelantaran Kaabah tumbang. Cahaya dari tubuh Muhammad memancar naik ke langit dan menerangi semua tempat yang dilaluinya.

Anusyirwan dan pendeta-pendeta Zaratustra mendapat mimpi yang menakutkan. Ketika lahir, Nabi kecil itu telah tersunat dan tali pusatnya pun sudah terpotong. Ketika lahir ke dunia, beliau berkata; “Allahu Akbar, alhamdulillah, Dialah Allah yang harus disembah siang dan malam.”

Peristiwa yang mengawal kelahiran setiap Nabi tidak ada yang terjadi secara kebetulan. Semua peristiwa itu berada dalam realiti dan perencanaan Allah, khususnya yang berkenaan dengan kelahiran Muhammad baik dalam kitab Taurat mahupun Injil. Allah berfirman kepada Nabi ‘Isa:

Maksudnya: ‘Dan ingatlah ketika ‘Isa putera Maryam berkata, “Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah padamu, membenarkan apa yang sebelumnya dari Taurat pemberi kabar gembira dengan seorang Rasul yang akan datang sesudahku namanya Ahmad.” Maka tatkala dia datang kepada mereka dengan ketera-ngan-keterangan, mereka berkata: “Ini adalah sihir yang nyata.” (Surah al-Saff :6).