Alhamdulillah pada 6/6/09 Sabtu lalu saya berjaya mengadakan Majlis Walimatul Urus adik perempuan saya tanpa ayah tersayang. Ayah telah pergi hampir 2 tahun yang lalu. Kini tanggungjawab ayah terletak pada saya. Sebagaimana dahulu sewaktu ayah mengahwinkan saya ayah buat cari Islamik kali ini saya meneruskan apa yang telah saya dan ayah lakukan dulu.
Malam berinai saya gantikan dengan bacaan Yasin Tahlil buat ayah dan saudara mara yang telah meninggal dunia. Selepas itu diadakan majlis Khatam Al-Quran oleh anak-anak murid Al-Quran Umie (ibu saya). Kemudian selepas Isyak ceramah agama yang menyentuh bagaimana pembentukkan anak-anak soleh yang disampaikan oleh sahabat saya Al-Fadhil Al-Ustaz Muhamad Jazlan Abdullah yang sering keluar di kaca TV dalam rancangan Motivasi Pagi, Al-Kuliyyah, Al-Hidayah dan Wanita Hari Ini TV3. Kebiasaannya selepas Isyak begini di kenduri tampat lain ada karaoke sampai lewat malam tapi malam ini saya buat perubahan saya isi dengan pengisian ilmu. Alhamdulillah ramai yang datang...makcik-makcik paling ramai yang khusyuk mendengar.
Sebenarnya kita yang menentukan apa yang kita nak dengan majlis perkahwinan kita. Ada yang mengatakan "tak apa...sekali seumur hidup"...."kita kata tak pe dosa sekali seumur hidup" marah pulak ....ya lah kalau yang seumur hidup sekali tu berdosa tak apa ke?Kita sebenarnya masih ada pengaruh-pengaruh agama Hindu dalam budaya kita itu yang menjadikan perkahwinan kita seolah-olah meniru budaya orang Hindu.
Cubalah kita ubah bersama-sama. Kalau sepuluh kenduri kahwin saya seorang sahaja yang boleh membuat perubahan bila masyarakat kita akan berubah.
Buanglah perkara-perkara khurafat dan yang lagha dalam kita mencari keredhaan Allah dengan majlis walimatul urus kita.