BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, June 26, 2010

Alhamdulillah segala puji kepada Allah atas limpah kurnianya kini saya berada di tanah suci Madinah Al-Munawwarah pertamanya atas tujuan ibadah umrah di samping urusan kerja di sini.

Sebenarnya saya terlibat dengan pengambaran program TV1 RTM untuk program rancangan "Indahnya Ramadhan" sebagai penceramah.

Esok bermula pengambaran yang akan dijalankan di perkarangan Masjid Nabawi As-Syariff Madinah. Antara lokasi pengambaran ayang akan dijalankan insya Allah di Lembah Badar, Masjid Quba', Masjid Qiblatain dan banyak lagi ....di sini bersama dengan Ustaz Ghazali Ibrahim (adik kpd Allahyarham Ust. Asri Rabbani) dan Ust. Zulramli dan beberapa hos lain.

Sebenarnya tak tahu macam mana boleh terpilih sebagai penceramah di dalam rancangan TV ini, macam satu mimpi sebab lebih ramai lain yang terbaik di Malaysia namun inilah yang dinamakan rezeki dan takdir. Ini satu pengalaman yang terlalu bernilai buat saya untuk keluar TV namun sebenarnya ia merupakan satu tanggung jawab yang besar mewakili para pendakwah di Malaysia bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat di tanah air.

Harapan agar sahabat2 di tanah air dapat mendoakan agar diri ini mampu berkata2 dengan baik dan diberikan kemudahan dalam pengambaran yang akan bermula esok.

Insya Allah penggambaran akan berlangsung mulai esok sehingga 13hb Julai dan dijangkan pulang ke tanah air pada 14hb Julai Insya Allah.

Di Madinah sekarang cuaca cukup panas....3 hari yang lalu dilaporkan di akhbar Malaysia bahawa suhu di Madinah mencecah sehingga 50'c tetapi buat setakat ini suhu telah turun sedikit kepada 45'c-47'c...dengan angin panas kekadang bertiup sudah cukup membakar kulit yang tak berapa cerah.


Sekadar itu sahaja untuk kali ini sebagai perkongsian maklumat. Insya Allah saya akan memberikan kepada anda semua informasi terkini dari tanah suci Madinah.

0 comments: