BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, June 30, 2010

Hari yang ke 7 di Madinah

Alhamdulillah hari ini hari yang ke 7 di Madinah Al-Munawwarah. Banyak dah tempat yang dilawati antaranya Masjid Quba', Qiblatain, Uhud, Ladang kurma dan macam2 lagi....

Antara yang menyentuh ialah Muzium Media Madinah yang terletak tidak jauh dari Masjid Nabawi. Muzium ini sebenarnya adalah inisiatif seorang yang berbangsa Arab namanya Dr. Khalid yang mengeluarkan modal sendiri untuk membina muzium ini.

Di sini banyak gambar2 asal masjid2 di sekitar Madinah antaranya masjid Nabawi yang asal yang dibuat oleh Baginda SAW...replika bagaimana asal usul pembinaanya serta graf penambahan dan perluasan masjid.

Sayangnya, orang di sini khususnya pemerintah di sini terlalu kerana nak mempertahankan pegangannya maka sanggup menghapuskan sejarah terpenting umat Islam. Sepatutnya jika ingin membuat peluasan kekalkanlah bangunan asal masjid tersebut. Apa yang kita ziarahi sekarang adalah masjid moden cuma melawat tapak sahajalah. Terkadang melihat gelagat jemaah dari iran yang agak taasub sehingga mencium pintu masjid masjid Quba' dan masjid Qiblatain, sedang sama sahaja kalau mereka mencium pintu masjid di negara mereka. Masjid yang ada sekarang adalah masjid yang dibina dizaman moden ini...

Walaupun mereka tidak sayang kepada nilai sejaran yang ada, biarlah kita sekurang2nya fahamilah sejarah Islam. Ajarkanlah anak2 kita tentang sejarah biar tersemat di dalam dada anak kita rasa cinta terhadap Islam dengan memahami sejarah yang betul.

Ayuh mari kita pelajari sejarah Islam dan menghayatinya....

Sekadar itu perkongsian untuk anda dari saya di bumi Nabi SAW.

Al-Jauhari
Hotel Dalah Taibah,
Madinah Al-Munawwarah
9.37 pagi (saudi)

Saturday, June 26, 2010

Alhamdulillah segala puji kepada Allah atas limpah kurnianya kini saya berada di tanah suci Madinah Al-Munawwarah pertamanya atas tujuan ibadah umrah di samping urusan kerja di sini.

Sebenarnya saya terlibat dengan pengambaran program TV1 RTM untuk program rancangan "Indahnya Ramadhan" sebagai penceramah.

Esok bermula pengambaran yang akan dijalankan di perkarangan Masjid Nabawi As-Syariff Madinah. Antara lokasi pengambaran ayang akan dijalankan insya Allah di Lembah Badar, Masjid Quba', Masjid Qiblatain dan banyak lagi ....di sini bersama dengan Ustaz Ghazali Ibrahim (adik kpd Allahyarham Ust. Asri Rabbani) dan Ust. Zulramli dan beberapa hos lain.

Sebenarnya tak tahu macam mana boleh terpilih sebagai penceramah di dalam rancangan TV ini, macam satu mimpi sebab lebih ramai lain yang terbaik di Malaysia namun inilah yang dinamakan rezeki dan takdir. Ini satu pengalaman yang terlalu bernilai buat saya untuk keluar TV namun sebenarnya ia merupakan satu tanggung jawab yang besar mewakili para pendakwah di Malaysia bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat di tanah air.

Harapan agar sahabat2 di tanah air dapat mendoakan agar diri ini mampu berkata2 dengan baik dan diberikan kemudahan dalam pengambaran yang akan bermula esok.

Insya Allah penggambaran akan berlangsung mulai esok sehingga 13hb Julai dan dijangkan pulang ke tanah air pada 14hb Julai Insya Allah.

Di Madinah sekarang cuaca cukup panas....3 hari yang lalu dilaporkan di akhbar Malaysia bahawa suhu di Madinah mencecah sehingga 50'c tetapi buat setakat ini suhu telah turun sedikit kepada 45'c-47'c...dengan angin panas kekadang bertiup sudah cukup membakar kulit yang tak berapa cerah.


Sekadar itu sahaja untuk kali ini sebagai perkongsian maklumat. Insya Allah saya akan memberikan kepada anda semua informasi terkini dari tanah suci Madinah.