BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, March 17, 2010

MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 26






Pada 4 -7 Mac 2010 yang lalu saya telah dijemput oleh Tabung Haji (TH) bersama Hj. Wan Muhammad (Pengerusi Surau Al-Madaniah USJ 18) ke Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke 26 di Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bahru, Kelantan.

Muzakarah ini bertujuan untuk membincangkan permasalahan haji tahun lalu untuk diselesaikan dan membincangkan perlaksanaan haji tahun 1431H akan datang. Ia berkisar dari sudut perbincangan masalah haji dari sudut hukum-hakam dan jalan penyelesaiannya yang telah berlaku pada musim haji yang lalu.

Seramai 439 peserta yang terlibat di antaranya para ilmuan, pembimbing Haji dan guru-guru agama Haji seleruh Negara.

Saya sangat merasa teruja kerana terpilih di dalam muzakarah ini dan saya mengambil peluang seluas-luasnya untuk menimba ilmu melalui muzakarah ini. Selama 4 hari bermuzakarah banyak perkara yang saya perolehi antaranya masalah baru jemaah tabung Haji Malaysia dan ketetapan baru permasalahan haji untuk akan datang.

Saya bertolak pada pagi 4hb hari Khamis jam 8.45 pagi dari USJ bersama Hj. Wan Muhammad menaiki kereta Camry beliau. Pada awalnya kami bercadang ingin menaiki pesawat namun difikirkan tentang kos dan kemudahan kenderaan di sana nanti agak rumit, kami mengambil keputusan untuk menaiki kereta. Perjalan kami ke Kota Bahru melalui Bentong, Kuala Lipis, Gua Musang dan ke Kota Bahru mengambil masa selama 7 jam termasuk berhenti solat dan makan. Kami tiba di Kota Bahru tepat jam 5 petang dan terus ke KTC untuk melapor diri. Sejurus itu kami diberikan Hotel Al-Raudah (dahulunya dikenali dengan Hotel Ansar) sebagai penginapan kami.

Pada jam 8.30 malam, taklimat perjalanan muzakarah dibentangkan oleh Tuan Hj. Tengku Aziz (Pengurus Besar Bimbingan TH) dan kami perserta2 diuji dengan ujian pengukuhan pembimbing Haji. Saya sampai2 terkejut melihat tentative program yang diberikan kepada saya tertulis selepas Taklimat Ujian Pengukuhan Pembimbing Haji akan dijalankan, dengan tidak ada persediaan dan tidak sempat membelek buku panduan haji saya pun menjawablah dengan sekadar yang mampu.

Jam 10.30 malam minum ringan disediakan dan kami balik ke hotel untuk berehat.

Ikuti laporan untk esoknya di post yang lain…..


Al-Jauhari
Subang Jaya
12.02 pg.










1 comments:

Saiful Ezuan Jamil said...

patutla Hj Wan org panggil Utz...mmg ada tokoh pun.