BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, March 18, 2010

Bengang

Hari Sabtu yang lepas satu kejadian memalukan terlah berlaku. Saya hadir ke sebuah Surau di Putra Bestari, Putra Height untuk memberikan kuliah Maghrib. Dengan lengkap jubah dan serban serta kitab saya melangkah dengan penuh yakin masuk ke dalam surau, tiba-tiba terpandang di papan kenyataan di luar suaru bahawa malam ini ust. Baharuddin. Saya pun masuklah ke dalam surau sebab perkara pernah juga berlaku nama di luar dan nama di papan kenyataan dalam nama saya.

Belum sempat duduk saya di datangi pengerusi Surau mengatakan bahawa malam ni bukan jadual saya, dia kata "Ustaz! Ustaz punya jadual sabtu minggu depan". "Malam ni Ustaz lain" saya dengan tenang menjawab " ye ke ? tak pe lah saya solat Maghrib dan lepas solat Sunat saya beredar kebetulan malam tu memang ada main badminton di USJ23. Saya sebenarnya luar jubah tapi dalam tracksuit dan t-shirt memang nak main pun lepas kuliah maghrib ni.

Yang sedapnya nak dijadikan cerita, para jemaah sedang wirid...saya bangun solat sunat cepat2 takut orang perasan saya nak balik...lepas solat sunat saya pun bergegas balik apa yang malangnya saya tersarung selipar orang lain dan bawak balik sesampai di rumah baru perasan selipar orang yang saya pakai.....haiii satu kerja lagi nak pulangkan pada tuannya. Nampaknya malam sabtu ni saya terpaksa buat pengumuman selipar siapa yang saya ambil.... hehehe bengang!

Tapi tak pe kira fare & square sebab saya pernah terkena...saya sebenarnya ada kuliah di kampung di Masjid Benut setiap kali saya balik kg... bila malam lepas Isyak Imam jumpa saya..."esok Ustaz boleh bagi kuliah subuh tak? saya jawab "boleh Insya Allah". Keesokan harinya saya datang dengan ilmu dikepala yang saya dah plan nak cakap apa pagi ni...tiba2 baru nak bangun je seorang ustaz bangun dah duduk di kerusi penceramah... Imam dan pengerusi Masjid saling berpandangan dengan saya.....saya beri isyarat tak pe...tak pe biarkan... tiba2 saya pulak hampir buat kat orang....baik sikit saya sebab tak sempat duduk lagi di kerusi penceramah kalau dah duduk tu beribu kali bengangnya ...

Itu sahaja nak kongsi dengan semua ....saya percaya kawan2 di kalangan ustaz pun sama pernah kena macam saya .....


Aljauhari
Shah Alam.

Wednesday, March 17, 2010

Majlis Perasmian Muzakarah Haji

Majlis Perasmian oleh Dato Seri Mejar General Hj. Jamil Khir Baharom (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri).

Kami pada pagi diarahkan untuk memakai pakaian Baju Melayu Bersampin untuk majlis Perasmian hari ini.

Sebelum itu satu pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Dr. Uthman Al-Muhammadi bertajuk “Kerohanian dalam Ibadah Haji” yang membincangkan perjalanan Rabbani seorang hamba menuju Tuhannya dengan melaksanakan ibadah haji.

Majlis Perasmian di sempurnakan oleh Dato’ Seri Hj. Jamil Khir Baharom tepat jam 10.30 pagi selanjut selepas itu pelacaran DVD Panduan Ibadah Haji oleh TH dilancarkan.

Para wartawan sibuk dengan kameranya ketika itu dan terselit wajah saya besar terpampang di kaca TV pada berita Nasional Jam 8.00 malam TV1 dan saya dapat menonton wajah sendiri di dalam berita jam 11 malam TV 1.

Selepas perasmian satu kertas kerja dibentangkan oleh Dato’ Fadhil Ahmad (Ahli Penasihat Ibadah Haji TH) yang bertajuk “Wakalah Haji dan Umrah, Qurban serta permasalahannya”. Ia membincangkan masalah Badal Haji dan Umrah serta Qurban secara detail dan padat dengan soalan2 berbangkit, masalah hukum dan sebagainya.

Pada waktu malam jam 8.30 malam satu lagi kertas kerja dibentangkan oleh SS Dato’ Ahmad bin Hasan (Pengerusi Penasihat Ibadah Haji TH) yang bertajuk “ BAik Buruk Petugas Haji Yang Tidak Melaksanakan Haji Semasa Bertugas Di Tanah Suci”. Kertas kerja ini membincangakn pro dan kontra petugas TH melaksanakan ibadah Haji ketika bertugas.

Majlis berehat jam 10.30 malam dan balik ke Hotel ….terbongkang keletihan.


Al-Jauhari.



MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 26






Pada 4 -7 Mac 2010 yang lalu saya telah dijemput oleh Tabung Haji (TH) bersama Hj. Wan Muhammad (Pengerusi Surau Al-Madaniah USJ 18) ke Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke 26 di Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bahru, Kelantan.

Muzakarah ini bertujuan untuk membincangkan permasalahan haji tahun lalu untuk diselesaikan dan membincangkan perlaksanaan haji tahun 1431H akan datang. Ia berkisar dari sudut perbincangan masalah haji dari sudut hukum-hakam dan jalan penyelesaiannya yang telah berlaku pada musim haji yang lalu.

Seramai 439 peserta yang terlibat di antaranya para ilmuan, pembimbing Haji dan guru-guru agama Haji seleruh Negara.

Saya sangat merasa teruja kerana terpilih di dalam muzakarah ini dan saya mengambil peluang seluas-luasnya untuk menimba ilmu melalui muzakarah ini. Selama 4 hari bermuzakarah banyak perkara yang saya perolehi antaranya masalah baru jemaah tabung Haji Malaysia dan ketetapan baru permasalahan haji untuk akan datang.

Saya bertolak pada pagi 4hb hari Khamis jam 8.45 pagi dari USJ bersama Hj. Wan Muhammad menaiki kereta Camry beliau. Pada awalnya kami bercadang ingin menaiki pesawat namun difikirkan tentang kos dan kemudahan kenderaan di sana nanti agak rumit, kami mengambil keputusan untuk menaiki kereta. Perjalan kami ke Kota Bahru melalui Bentong, Kuala Lipis, Gua Musang dan ke Kota Bahru mengambil masa selama 7 jam termasuk berhenti solat dan makan. Kami tiba di Kota Bahru tepat jam 5 petang dan terus ke KTC untuk melapor diri. Sejurus itu kami diberikan Hotel Al-Raudah (dahulunya dikenali dengan Hotel Ansar) sebagai penginapan kami.

Pada jam 8.30 malam, taklimat perjalanan muzakarah dibentangkan oleh Tuan Hj. Tengku Aziz (Pengurus Besar Bimbingan TH) dan kami perserta2 diuji dengan ujian pengukuhan pembimbing Haji. Saya sampai2 terkejut melihat tentative program yang diberikan kepada saya tertulis selepas Taklimat Ujian Pengukuhan Pembimbing Haji akan dijalankan, dengan tidak ada persediaan dan tidak sempat membelek buku panduan haji saya pun menjawablah dengan sekadar yang mampu.

Jam 10.30 malam minum ringan disediakan dan kami balik ke hotel untuk berehat.

Ikuti laporan untk esoknya di post yang lain…..


Al-Jauhari
Subang Jaya
12.02 pg.