BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, September 26, 2009

Ceramah Ramadhan Di SIRIM Shah Alam


Pertamanya kemaafan dihulur kerana blog ini bercuti selama 10 hari ekoran penulis sibuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Pada 15 Sept 2009 bersamaan 26 Ramadhan 1430H yang lalu saya dijemput untuk menyampaikan tazkirah Ramadhan, tajuk yang saya bawa ialah "Di Ambang Syawal".




Antara isi kandungan tazkirah saya ialah :


Erti Syawal : Syawal bermakna "naik" kerana kebiasaan pada bulan ini ekor unta akan tegak naik bila dipukul dipunggungnya lalu orang Arab dahulu menamakan bulan dengan Syawal kerana Syawal bermakna 'Naik".


Erti Syawal dari sudut Agama : "Naik atau Meningkat". Pada bulan ini apa yang dituntut oleh agama ialah peningkatan amalan kita kerana kita telah ditarbiah oleh Ramadhan sebulan lamanya. Yang dituntut naik dan meningkat ialah ibadah, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.


Erti Aidil Fitri : Aid berasal dari kalimah A'ADA bererti Kembali dan FITRI berasal dari kalimah Fitrah. AIDIL FITRI bermakna Kembali Kepada Fitrah, dengan makna yang lebih mendalam ialah mereka2 yang keluar dari Ramadhan seolah2 keluar dari perut ibu semasa dilahirkan, ini kerana Ramadhan telah membersihkan dosa kita seperti bayi yang baru lahir tanpa dosa.


Apa yang malang ialah apabila kita yang baru lahir dari Ramadhan yang suci dari dosa kita cemari dengan perkara yang menyebabkan dosa dan sekaligus mengotorkan kesucian kita.


Selama sebulan tidak menghisap rokok dalam bulan Ramadhan tiba2 di pagi Syawal kembali kepada asal kita sebelum datangnya Ramadhan. Kalau kita yang keluar dari kelahiran Ramadhan seperti bayi yang baru lahir, jadi... di pagi Syawal sebenarnya suatu perkara yang pelik berlaku iaitu BAYI MEROKOK.


Amalan di akhir2 Ramadhan :


Hadith yang diriwayatkan oleh Abi Umamah daripada Baginda SAW bersabda :


Barang siapa yang menghidupkan malam dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) tidak akan mati hatinya di hari akan dimatikan hati2 manusia.


1. Qiamullail dengan mengerjakan solat sunat tasbih, hajat, tahajjud dan sebagainya.

2. Bertakbir

3. Mengembirakan anak2 yatim dan orang miskin

4. Banyakkan bersedekah

5. Bermaaf2 an


Sekian sahaja yang dapat dikongsikan bersama sebagai renungan.



Al-Faqir ila Allah,

Al-Jauhari

Subang Jaya

12.56pm

Monday, September 14, 2009

MAKNA ALBAIRAHA


Kaligrafi Khat AL-BAIRAHA NURAIHANAH ciptaan penulis

Ramai yang Tanya saya apa maksud ALBAIRAHA. Di sini saya suka untuk menerangkan :

ALBAIRAHA berasal dari perkataan Al-BI’ RU HA. AL-BI’RU bermaksud perigi dan HA bermaksud yang segar. Namun Abu Talha menggelarkan peringinya dengan nama ALBAIRAHA.

ALBAIRAHA adalah sebuah perigi yang dimiliki oleh seorang sahabat yang bernama Abu Talha Al-Ansari salah seorang yang diberi berita gembira dengan syurga. Perigi ALBAIRAHA betul2 berada di hadapan pintu masuk Masjid An-Nabawi. Rasulullah SAW sering minum airnya ketika hendak masuk ke dalam masjid dan apabila keluar dari masjid kerana airnya mampu menyegar sesiapa yang meminumnya sehinggakan semua orang islam minum airnya sebelum dan sesudah masuk ke dalam masjid.

Ketika turunnya ayat Al-Quran dalam surah Ali Imran ayat 92 “ Tidak sesekali sampai kepada kebajikan yang sempurna selagimana kamu tidak menafkahkan dari apa yang kamu sayang dan apa yang dinafkahkan sesungguhnya Allah Maha mengetahui”.

Apabila Abu Talha mendengar ayat ini beliau terus menemui Baginda SAW dengan berkata “ Harta yang aku paling sayang ialah perigi ALBAIRAHA maka aku nafkahkan untuk Islam” lalu Baginda menjawab “ Bagus wahai Abi Talha tetapi nafkahkanlah kepada kaum kerabatmu kerana itu lebih baik”

Perkara di atas disebutkan dalam sebuah hadith sahih yang telah diriwayatkan oleh Abu Talha sendiri.

Apa yang istimewanya Abu Talha ini ialah :

1- Dia mendapat berita gembira dengan syurga Allah.
2- Dia memeluk agama Islam kerana berkahwin dengan Ummu Sulaim iaitu ibu

kepada Anas bin Malik yang menginfaqkan dirinya kepada Rasulullah SAW.
3- Mas Kahwin dengan Ummu Sulaim ialah mengucap dua kalimah syahadah.
4- Orang yang bersegera beramal bila mendengar ayat-ayat Allah dan hadith2

Nabi SAW.
5- Orang yang banyak berjuang bersama Nabi SAW.




Al-Jauhari

Subang Jaya

3.53pm

Friday, September 11, 2009

Carilah Lailatul Qadar

Satu riwayat mengatakan bahawa apabila berlaku malam Lailatul Qadar Allah akan mengutuskan 70 ribu para malaikat bersama2 Jibril a.s turun ke bumi. Masing2 membawa 4 bendera cahaya untuk dipacakkan di 4 tempat :

1- Di Kaabah
2- Di Makam Rasulullah (Masjid Nabawi)
3- Di Bukit Tur Sina (Mesir)
4- Di Masjid Al-Aqsa.

Kemudian semua para Malaikat akan memasuki rumah2 orang Islam di atas muka bumi ini, kecuali rumah yang ada 4 perkara di dalamnya :

1. Rumah yang ada arak di dalamnya.
2. Rumah yang ada maksiat di dalamnya.
3. Rumah yang ada patung di dalamnya.
4. Rumah yang ada anjing padanya.

Apabila para Malaikat memasuki rumah2 orang Islam bila di dapati manusia itu tidur maka malaikat akan keluar dengan keadaan kesal dan berkata "ruginya manusia ini". Manakala rumah yang dimasuki ini didapati ada orang yang sedang beribadah maka dia akan memohonkan keampunan baginya dan rahmat.

Mengikut pendapat Imam An-Nasai bahawa pada malam Lailatul Qadar adalah malam yang ditentukan segala perkara termasuklah Jodoh, Ajal dan Rezeki.

Jodoh - bermakna Allah akan memasukkan namanya ke dalam senarai orang yang akan berkahwin pada tahun akan datangnya. Barang siapa berdoa untuk bertemu jodoh akan dipertemukan oleh Allah dalam masa yang terdekat.

Ajal - Allah telah memilih orang yang akan dimatikan pada tahun akan datangnya dan barang siapa yang berdoa untuk panjang umur pada malam tersebut Allah akan mengeluarkan namanya untuk dimatikan pada tahun itu.

Rezeki - Barang siapa yang berdoa untuk diluaskan rezeki akan dikabulkan untuk mendapat keluasan rezeki pada tahun itu.

Pendapat Imam An-Nasai itu berpandukan dalil Al-Quran ayat ke-4 surah Ad-Dukhan yang bermaksud "Pada malam itu ditentukan segala urusan (makhluk) dengan penuh hikmah"

Oleh itu kejar wahai manusia terutama yang berhajat moga2 Allah menerima usahamu dengan menganugerahkan malam yang penuh keberkatan itu.




Al-Faqir ila Allah

Al-Jauhari
12.42 am
Subang Jaya.

Sunday, September 6, 2009

Kuliah Subuh Di Surau Al-Madaniah : Bulan Ramadhan Bukan Bulan Puasa

Pagi Sabtu kelmarin saya dijemput untuk menyampaikan tazkirah yang berkaitan dengan Ramadhan. sebelum itu pada hari juamaat saya bersolat di surau tersebut datang S/U surau iaitu En. Zul bertanya kepada saya "esok jangan lupa ye ustaz" saya kata "Insya Allah" beliau bertanya lagi "tajuk apa esok ustaz? " saya kata tajuk "Bulan Ramadhan Bukan Bulan Puasa" terkejut dia...dia bertanya lagi "betul ke ustaz?"...Iye jawab saya. "Kalau macam tu malam ni saya umumkan sebelum solat tarawih...mesti ramai yang datang esok, sebab tajuknya pelik"...saya kata "ok je...jangan dengan polis dan jais datang sudah...habis saya kena gam"...pakat ketawa.

Pagi sabtu tu saya datang memang ramai orang datang yang muda2 ramai.... terkejut juga.. saya beranggapan bahawa malam tadi dah diumumkan tajuk yang bombastik.

Saya pun memulakan kuliah subuh saya ... saya perjelaskan bahawa Bulan Ramadhan Bukan Bulan Puasa kerana :

1. Kalau bulan Ramadhan bulan puasa nanti jadi apa yang berlaku sekarang ini hakikatnya bulan sahaja yang berpuasa orang tak berpuasa.

2. Ibadah Puasa datang setelah bulan Ramadhan datang, bermakna ibadah puasa Allah SWT pilih untuk diletakkan di dalam bulan Ramadhan. Ini kerana bulan ramadhan adalah bulan yang panas dan terik membakar. Allah memilih Ramadhan kerana ingin menguji hamba-Nya dan bulan Ramadhan sendiri Allah jadi sebagai pembakar kepada dosa2 manusia.

3. Kalau kita berpegang bahawa bulan Ramadhan bulan puasa bahawa telah menetapkan dan menganggap bahawa pada bulan Ramadhan adalah bulan untuk berpuasa. Secara tidak langsung kita akan meminggirkan ibadah yang lain seperti solat tarawih dan bersedekah yang sama pentingnya dengan berpuasa.

hakikatnya bulan Ramadhan adalah bulan :

1. Bulan Solat kerana solat tarawih hanya ditentukan di dalam bulan Ramadhan. ramai juga yang berpuasa tetapi tidak memperbanyakkan solat2 sunat yang lain seperti solat Tarawih, Qiamullail dan sebagainya malah ada yang tidak melaksanakan solat fardu.

2. Bulan melatih nafsu kerana hikmahnya Allah mengikat dan memenjara Syaitan daripada menganggu manusia oleh itu manusia diberi peluang untuk mentarbiah nafsu dan hati tanpa ganguan dari syaitan yang dilaknat.

3. Bulan Sedekah dan zakat fitrah. Bulan di mana diwajibkan zakat fitrah dikeluarkan sepanjang bulan ramadhan jika dibayar setelah datangnnya Syawal maka ia hanya dikira sedekah biasa. Bersedekah bukan sahaja wang ringgit tetapi kita boleh bersedekah dengan memberi orang yang berpuasa berbuka.

4. Bulan Al-Quran kerana dalam surah Al-Baqarah Allah berfirman " Bulan Ramadhan diturunkan al-Quran padanya.....". oleh yang demikian bukan sahaja ibadah puasa yang dipilih dalam bulan Ramadhan tetapi Al-Quran juga dipilih oleh Allah untuk berada di dalam bulan Ramadhan. jesteru itu, bukan menyambut "NUZUL AL-QURAN " sahaja tetapi pembacaannya yang dituntut di dalam bulan ini.

5. Bulan Mengumpul bekalan sebelum menuju kepada Allah dengan gandaan pahala juga dengan ganjaran sesiapa yang mendapat Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan.

6. Bulan Pengampunan kerana bulan ramadhan ini datang untuk membakar dosa2 yang telah lalu. Sepanjang bulan ini sepatutnya diisi dengan istigfar dan taubah yang banyak.

kesimpulannya :

Bulan Ramadhan bukan sahaja bulan puasa tetapi adalah bulan ibadah yang lain.


Setelah selesai menyampaikan kuliah subuh tersebut, Bilal dan S/U datang jumpa saya dengan mengucapkan tahniah...katanya "Tahniah Ustaz!. Ustaz telah berjaya mengubah skala rektar pemikiran masyarakat Surau Madaniah.

Haza min Fadli Rabbi...(ini adalah kelebihan dari Tuhanku)

Sekadar berkongsi cerita dan informasi


Al-faqir Ila Allah

Al-Jauhari
11.05pm
Subang Jaya.

syamail Muhammadiah : Bentuk Tubuh Badan Rasulullah SAW - HAdith ke-6

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa ;

Adalah gigi hadapan Rasulullah SAW renggang sedikit, ketika beliau berbicara seperti keluar cahaya dari celah2 giginya.

(dikeluarkan oleh Baihaqi, Al-Bagawi, Ad-Darimi, At-Tarmizi dan Tabrani)

Syarah Hadith

-Gigi hadapan Rasulullah sedikit renggang sehingga apabila baginda berkata2 seolah2 keluar di antara gigi hadapannya cahaya.

- Rasulullah SAW manis dengan gigi yang agak renggang sedikit.



Al-faqir ila Allah
Al-Jauhari
Subang jaya
10.30 pm

Wednesday, September 2, 2009

Syamail Muhammadiah : Bentuk Tubuh Badan Rasulullah SAW - Hadith ke-5

Dari Jabir bin Abdullah :

Bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda :

Telah diperlihatkan kepadaku para nabi2 Allah. Adapun Musa a.s wajah saling tak tumpah atau mirip kepada lelaki dari Qabilah Syanuah, dan aku melihat Isa ibni Maryam a.s mirip dengan Urwah bin Mas'ud, dan aku melihat Ibrahim a.s mirip dengan sahabat kamu (Nabi sendiri) dan aku melihat Jibril a.s mirip dengan Dihyah.

(Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya)


Syarah Hadith

- Qabilah Syanuah ialah qabilah dari Yaman yang kebanyakkan lelakinya tidak gemuk dan tidak kurus.

- Sahabat Nabi Urwah bin Mas'ud Al-Thaqafi adalah lelaki yang diutus oleh Quraisy menemui Nabi SAW dalam perjanjian Hudaibiyyah dan akhirnya masuk Islam pada tahun ke-9 Hijrah.

- Dihyah nama sebenarnya ialah Dihyah bin Al-Kalb seorang sahabat yang paling banyak berperang bersama Nabi SAW beliau turut bersama2 di dalam perjanjian Bait Al-Ridhwan. Baginda SAW berkata Malaikat Jibril a.s bila datang menemuinya sebagai seorang manusia ia kerap bertukar dan wajah mirip kepada Dihyah.



Al-Faqir ila Allah

Al-Jauhari
12.05pm
Subang Jaya.

Syamail Muhammadiah : Bentuk Tubuh Badan Rasulullah SAW - Hadith ke-4

Dari Abi Hurairah r.a meriwayatkan :

Sesungguhnya Rasulullah SAW itu putih seolah2 tercipta dari perak dan beliau memiliki rambut yang rapi.

(Dikeluarkan oleh Muslim pada sahihnya)

Syarah Hadith

- Mengikut riwayat bahawa apa yang maksudkan oleh Abi Hurairah itu Nabi SAW putih melepak seperti perak tetapi penciptaan Nabi SAW terlalu indah dan bercahaya seperti kilauan perak.

- Baginda SAW memiliki rambut yang rapi dan indah kerana Nabi SAW sentiasa menyikat dan merapikan rambutnya dengan minyak zaitun.

- Nabi SAW memiliki rambut yang hitam pekat dan beruban hanya di pelipisnya iaitu di sideburnnya. (akan dibahas lebih panjang di dalam bab Rambut Nabi SAW).


Al-Fakir Ila Allah...

Al-Jauhari
11.20 am
Subang Jaya