BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, January 16, 2009

ASBABUN NUZUL 2 A'UZU

Dikeluarkan oleh Al-Baihaqi daripada Ibnu Abbas berkata : Rasulullah SAW telah sakit dengan sakit yang terlalu kuat. Lalu datang dua Malaikat, seorang duduk di kakinya dan seorang lagi duduk di kepalanya. Berkata Malaikat yang di kaki kepada Malaikat yang di kepala "Apa yang kau lihat" Dia menjawab " Sihir". Siapa yang menyihir Baginda . Dia menjawab" Lubaid bin AlA'sam seorang yahudi. Luabid telah mengambil kain yang diikat dengan 10 ikatan. Maka turunlah dua surah Al-Falaq dan An-Nas bila dibacakan tanggallah satu ikatan dan dibacakan oleh 2 Malaikat tadi satu persatu ikatan tertanggal dan Nabi SAW sembuh dari penyakitnya.

Antara amalan yang boleh kita lakukan bila terkena sihir ialah membaca 2 Qul ini. Adalah lebih baik jika kita menjadikan ia amalan sebelum tidur supaya terhindar dari sihir.

Tuesday, January 13, 2009

RUANGAN PERBINCANGAN ILMIAH

Para sahabat dan pengunjung sekelian

Saya mengalu-alukan sebarang kemusykilan agama dan kehidupan untuk kita bincang bersama. Saya akan cuba membantu anda menyelesaikan permasalahan anda dalam bidang agama.

Harapan agar tema "Laman Mendidik Jiwa" dapat saya realisasikan untuk semua.

Anda boleh meninggalkan sebarang permasalahan anda berkaitan agama di ruangan chat sebelah.

Ahlan wa sahlan

Ayahku Ramli Bin Yunus lahir pada 25.Julai.1950 telah kembali ke Rahmatullah pada 27.Ogos.2007 tepat jam 10:30am akibat sesak nafas. Al-Fatihah. Ketahuilah ayah bahawa kami semua akan sentiasa mengingati dan mendoakan ayah agar ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman di Syurga yang dijanjikan oleh Allah.

20.08.2007 11:00amMasih saya ingat saat ayah di rumah menahan sakit. Sungguh sedih melihat keadaan ayah menahan kesakitan yang ayah alami. Tapi saya tak sedar bahawa itu sakit ayah yang terakhir yang saya lihat. Saya balik dari singapore semata-mata kerana ayah bagitau kat umie yang ayah suruh panggil saya dan odik balik sebab mungkin tak dapat jumpa lagi. Tak tentu arah saya bila dapat maklumat yang ayah sakit kuat masa tu. Saya pulas trotthle motor saya sehabisnya untuk cepat sampai ke rumah dan ambil kereta saya untuk balik ke benut. Masa kat rumah ayah duduk kepala menunduk. Bila saya sampai, ayah hanya hulurkan tangan untuk bersalam dengan saya. Lega hati bila tengok ayah boleh bercakap dengan kitaorang semua. Tapi ayah masih lemah masa tu. Bila tengok keadaan tu, saya bertekad nak ambik cucu-cucu ayah semoga dengan adanya diaorang, ayah boleh kembali sihat melihat keletah mereka. Tapi hati ni berbelah bagi. Nak tinggalkan rumah dalam keadaan ayah macam tu, rasanya tak boleh. Entah berapa kali saya telepon menantu ayah tu untuk bagitau perkembangan. Akhirnya bila ayah dah boleh bangun untuk buang air, saya yakin bahawa ayah dah kembali pulih. Jadi saya ambik keputusan untuk pergi ambik cucu-cucu ayah. Baru beberapa meter je saya meninggalkan rumah, odik telepon kata ayah pengsan. Saya patah balik. Bila tengok keadaan ayah yang terkulai lemah, saya jadi takut sangat. Bila nengok nafas ayah berhenti, masa tu kitaorang semua dah nangis dah ayah. Takut sangat masa tu ayah dah pergi. Pastu nafas ayah ada balik. Cepat-cepat kitaorang hantar ayah ke hospital Pontian. Kalau ayah perasan masa tu, anak ayah paling bongsu dah meraung kuat bila pegang kaki ayah dia terasa sejuk. Umie dah menangis jugak. Ayah masa tu dengarkan? Bila kami hantar ayah ke hospital Pontian, saya jumpa ayah. Saya cakap, ayah... ayah kat hospital nih.. ayah sabar ek? Ayah balas, takpelah.. biarlah ayah kat hospital untuk berehat.. tak sangka rehat ayah untuk selamanya. Masa kat hospital, bila tengok keadaan ayah, saya rasa macam nak nangis bila saat ayah nak bernafas. Susah sangat tengok ayah bernafas.Petang besoknya saya ambik khairul dan khyrah (cucu-cucu ayah)dari Kota Tinggi sebab ayah asyik tanyakan diaorang. Harapan saya ialah dengan adanya cucu-cucu ayah di sisi, ayah akan lebih bersemangat untuk terus sihat. Dalam perjalanan balik, umie telefon yang ayah dah kritikal. Dalam perjalanan balik dari Kota ke Pontian tu, saya dah tak ingat apa. Dalam kepala saya ialah nak sampai cepat. Alhamdulillah, ayah masih sempat melihat cucu-cucu ayah. Saya dapat lihat wajah ceria ayah bila dapat nengok cucu-cucu ayah tu. Harapan kami agar ayah sembuh semula berkembang masa tu. Walaupun doktor cakap peluang ayah untuk teruskan hidup tipis.

Kami tetap berdoa agar ayah sihat semula seperti sediakala.Ayah tunjukkan kecekalan ayah untuk terus hidup masa tu. Ayah dah nampak sihat masa tu. Tu yang kita semua termasuk sanak saudara ayah buat keputusan untuk pindahkan ayah ke hospital batu pahat malam tu jugak. 4 kereta ikut belakang van hospital ke Batu Pahat. Malam tu odik dengan iza yang teman ayah. ayah ada cakap kat odik, perasaan ayah macam kat istana presiden walhal masa tu ayah kat hospital. Besoknya, odik dan saya balik semula kerja. tup-tup petang tu iza telepon balik yang ayah sakit kritikal dan dihantar ke hospital pantai. Lagi sekali perasaan saya tak tentu arah. Malam tu ayah dimasukkan ke ICU. Umie, anak-anak dan cucu-cucu ayah tak balik rumah pun masa ayah di ICU. Kitaorang bermalam kat hospital. Masa ayah kat ICU, doktor panggil kitaorang semua. Dia bagitau yang harapan ayah untuk hidup tipis. Masa tu, dunia nih seakan gelap. Umie tak lalu makan langsung, lyana meraung. Iza, saya dan odik pun tak tau nak gambarkan macam mana perasaan masa tu. Macam dalam cerita cerekarama plak keadaan masa tu. Tapi kali ni realiti. 2 hari saya teman ayah kat ICU tapi duduk kat luar je. Saudara-saudara ayah semua buat tahlil dan selawat tunjjina kat rumah ayah masa ayah kat ICU. Alhamdulillah, hari ahad 26.Ogos.2007, pagi tu ayah dah keluar ICU. Saya terus telepon umie untuk bagitau berita gembira ini. Walaupun ayah masih belum sihat sepenuhnya masa tu, saya yakin ayah akan terus sihat. Saya lihat ayah begitu gembira melihatkan keletah Khairul dan Khyrah masa tu.. Memang.. memang saya yakin sangat yang ayah akan sihat sepenuhnya dalam masa terdekat bila melihatkan keadaan ayah hari tu.. Rupanya ayah sihat untuk "pergi"... Kalau saya tahu ayah akan pergi meninggalkan kami keesokan harinya, mati idup balik saya takkan kerja ari isnin ari tu. saya nak berada disisi ayah sentiasa.

Tapi, itulah jalan ceritanya yang Allah tentukan. Tu sebab pepagi isnin saya terus telepon iza tanyakan khabar ayah. memula iza kata ayah tak bangun, ayah tido je. lepas 5 minit, iza telepon balik bagitau ayah dah kena kerumun dengan doktor. Baru je saya sampai rumah kat Seri Alam, iza telepon dah meraung. Masa tu saya rasa dunia saya gelap, ayah. Saya menangis sepuasnya. Saya meraung sepuasnya. Saya tak tau nak buat apa lagi. Dalam kepala saya ialah nak sampai ke hospital batu pahat dengan sekelip mata je kalau saya mampu. Sesampainya saya ke hospital, saya tepon iza tanyakan info terkini. Iza bagitau dia kat rumah mayat. Terasa lemah sungguh langkah saya masa tu ayah. Bila iza tunjukkan tubuh ayah ditutupi kain batik, saya dah jadi tak tentu arah. Bila saya buka saje kain yang menutupi wajah ayah, saya dah meraung sekuat ati saya. ayah mesti nampak masa tu kan? anak bongsu kesayangan ayah kat luar dan meraung jugak. Umie yang tangannya sentiasa memegang surah yassin pun menangis jugak. Menantu ayah pun dah kering air mata sebab menangis sepanjang perjalanan. Cuma cucu-cucu ayah je tak nampak kesedihan di hati mereka. Mungkin diaorang terlalu kecil untuk merasai kehilangan seperti ini ayah. Tapi ketahuilah, sekiranya mereka boleh merasai saat itu, saya yakin ayah, mereka antara orang terawal menangis.Bila ayah dihantar pulang ke rumah ayah sendiri, saya ikut dari belakang. Sepanjang perjalanan tu saya masih kabur dan tak percaya bahawa ayah dah pun meninggalkan kami semua. Saat tubuh ayah diselubungi kain batik betul-betul ditengah ruang rumah, saya berada disisi ayah sambil membacakan yassin. Ayat-ayat yang dahulunya saya boleh ikuti tanpa merujuk kepada tulisan-tulisan tu kali nih langsung saya tak boleh ingat.. Mana hilangnya tajwid.. bacaan saya hanya diselangi sedu-sedan je ayah... Ayah tentu dengar masa tu.. Umie, Iza, Lyana, Odik dan menantu-menantu ayah semua dah tak keruan... Kawan-kawan seperjuangan ayah masa tu bersama-sama kami meratapi pemergian ayah...

Saat ayah dimandikan... itulah kali pertama saya memandikan jenazah.. dan jenazah itu adalah ayah... tangan ayah yang dulunya saya cium, kaki ayah yang dulunya saya picit bila ayah penat.. kepala ayah yang dulunya saya picitkan.. kali nih saya dan odik mandikan.. Ya Allah.. masa tu saya dah bebetul yakin bahawa ayah dah takde...Ibu ayah (nenek) pada mulanya tak percaya yang ayah dah "kembali" walaupun ada pada hari tersebut, akhirnya tersembam menangis mengucupi ayah di saat-saat terakhir.. adik bongsu ayah yang datang dari KL terus menerpa ke arah jasad ayah yang sedang kaku.. masa tu memang cukup hiba... hari yang paling hiba pernah kita semua lalui....Saat ayah dikapankan, disembahyangkan di rumah... masih segar lagi ingatan tu ayah.... Abang Makhdhar (adik ipar ayah) pada mulanya boleh menahan tangisan, akhirnya akur di saat menyembahyangkan ayah di mesjid Benut.. Air matanya akhirnya bercucuran di mesjid... Dia cakap, menyesal bila tak melawat ayah pada ari Ahad ari tu..... Tapi, itulah suratan.... Tatkala ayah di hantar untuk dikebumikan di Parit Kerimon... kami semua (kecuali Umie) ada.. Ya Allah, itulah saat terakhir kami semua dapat melihat jasad ayah... Ya Allah.. sukar rasanya untuk kami meredhakan perpisahan ini... Malamnya, kami semua menangis hiba.. terutamanya Umie yang setiap malam menangis apabila membacakan yassin untuk ayah..

Ya Allah... begitu sukar rasanya kami ini untuk menghadapi dugaan ini.. Tapi kami semua redha atas segala ketentuanMu.. Kau tempatkanlah ayahku bersama-sama orang yang beriman.. jauhkanlah dirinya dari azab siksaan kubur.. jauhkanlah dirinya dari azab api neraka...Kepadamu Ayah, saya berjanji akan memikul tanggungjawab ayah untuk menjaga keluarga kita.. saya akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik untuk keluarga yang telah ayah bina bertahun-tahun lamanya... Semoga Allah memberikan kita peluang untuk keluarga kita bersama-sama kembali di SyurgaNya... amin...